29 March 2013

Prefer Boulangerie Mahkota Parade Melaka

Sumber Gambar : FB Mahkota Parade

29 Mac 2013.

Singgah tempat kerja encik suami di Mahkota Parade, Banda Hilir. Masa nak balik, lalu bahagian ground floor sebab nak ke tempat parkir. Eh, ada kedai roti baru la! Terus encik suami tarik masuk kedai tu. Rupanya kedai ni baru dirasmikan pembukaannya. Mesti korunk fikir "Ala, kedai roti je kot? Apa bezanya dengan kedai roti lain kan?" Huhu~ 

Owner dia sangat peramah, ada food testing. Sambil merasa tu, that lady ada terangkan bahan buat roti diimport terus dari France which is kita akan rasa roti tu berlainan dari rasa roti yang kita biasa makan kat sini.

Tergeliat lidah nak sebut nama-nama roti tu, asalkan ko paham jer la Labu. Hehe~
Aku ambil 3 jenis roti; Fruit Brioche Apple Caramel, Fruit Brioche Strawberry dan Rye and Cream Cheese With Pitacho.

Oh, hampir terlupa.
Kat Prefer Boulangerie ni juga ada dijual aiskrim pelbagai perisa yang nampak sangat menyelerakan.
Aku suami isteri melekat kat cermin booth aiskrim tu sampai kena gelakkan dengan staf dia, sebab asyik sangat tengok apa perisa yang ada kat dalam tu.


Eh, jangan tak caya ye...potongan kecil tu semua bahagian yang aku makan. Yang baki untuk encik suami. Cukup untuk merasa. Review aku, sedap dan boleh datang lagi untuk cuba roti-roti yang lain. Nyum nyum...

Lokasi :

Prefer Boulangerie
Ground Floor, G28
Mahkota Parade, Banda Hilir, Melaka

2 comments:

  1. wah bestnye..yana plan nk jalan melaka, nnt bleh cr kedai roti ni..hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yana : In shaa Allah, cubalah singgah...mana tahu ada yang berkenan dek tekak..huhu~

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)