18 March 2013

Period Dua Kali Sebulan

18 Mac 2013.

Macam mana nak cerita ye?
6 Mac 2013 aku period pada CD40. Walaupun secalit tapi aku tetap consider sebagai period sebab jelas ciri-ciri darah haid; merah darah yang jernih. Keluar sehari sahaja. Hari kedua aku standby kalau-kalau ada keluar lagi. Tapi takde. Jadi hari ketiga aku ambil keputusan untuk mandi hadas besar. Period berhenti macam tu je. Tak de brown spotting ke apa.

Sabtu lepas (16 Mac 2013), rahim sebelah kiri aku berdenyut-denyut lebih kerap. Bahagian ari-ari pun rasa benda yang sama. Ada brown spotting pada pantyliner, sama indikasi macam nak datang period. Aku jadi keliru. Bulan yang sama kot? Mac.

Aku ingatkan hanya discharge biasa-biasa je, tapi aku kerap pantau discharge pada pantyliner aku. Malam Ahad (malam tadi), aku stress sebab ada selisih faham dengan encik suami. Tetiba aku rasa sakit sangat pada rahim sebelah kiri sampai rasa nak terduduk. Dalam bilik mandi, aku cek, pantyliner aku ada kesan darah setompok besar, bukan secalit. Sah darah merah, darah haid. Aku telefon encik suami, menangis cakap kat dia rahim aku berdenyut bisa. Dia yang ada kat luar, terus balik ke rumah. Selesai mandi bersama, encik suami tolong sapukan minyak jerslin kat perut dan ari-ari aku. 

Hari ni, waktu tengahari keluar secalit lagi darah haid, tapi jernih je. Tak keluar macam period biasa, cuma bila aku tahan kencing lama sedikit, baru keluar dan tinggal kesan pada pantyliner. Gerak hati aku, aku memang sedang period sekarang ni.

Kekeliruan aku sekarang :

1) Kalau period pada 6 Mac 2013 tempohari tak dikira sebagai haid, 16 Mac 2013 merupakan CD50 / CD1.

Atau

2) Kalau period pada 6 Mac 2013 tempohari dikira sebagai haid (CD1), 16 Mac 2013 merupakan CD1 pada CD11?

P/s : Lagi beberapa hari nak ke Sabah, jadi macam ni pula...herm!

10 comments:

  1. Try wat UPT.. If benar2 pregnant at least kita akan lebih berhati2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sizuka : Yani dah buat UPT pagi tadi (19 Mac 2013), negatif. Jadi Yani anggap ni darah period, cuma pelik dia tak keluar habis. Bila pressure atau stress waktu kerja, baru dia keluar. Mostly time tengahari sebelum waktu rehat dan malam lepas balik kerja, itu pun kena sapu dalam sedikit, baru dia serap ke pantyliner (sorry terpaksa explain sampai mcm tu sekali).

      Delete
  2. Pergi klinik. Tanya doktor. yani nak jalan jauh ni. Okay?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ieda : Takut la, nanti doktor bagi entah apa-apa ubat. Yani baru nak kasi badan ni free daripada consume apa-apa ubat/ bahan kimia. Sekarang ni bergantung pada minyak jerslin je. Tapi kalau nak kata period, tak pe pun rasa breast pain ke apa, perut pun tak rasa sebu atau kembung.

      Delete
  3. Loh camtu pulak.better rujuk pd yg pakar yani...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eka : In shaa Allah...Yani cuba rujuk doktor pakar masa appoinmt di GH Melaka nanti, tapi appointmnt tu ujung April la.

      Delete
  4. Salam, sbnrnya sy pun ade masalah yg sama. Dah 3 bln jadi mcm ni... risaulah...bile buang air besar n buang air kecil darah tu akan keluar tp klu ikutkan bkn time period sy. Slalu jadi cmni lpas 2 mggu period...gi chack dkot n dktor cume bg ubat berenti darah. Pinggang pun asik sakit2 je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kala 2 minggu lepas period...mcm belum habis keluar je period Akma tu? Before ni period cycle teratur tak?

      Delete
  5. Assalam sis yani.. sy nk tahu skrg sis dh ok ke? Sis ada anak ke blm.. maaf sis.. sy risau sy pon mngalaminya skrg.. sy period 12ogos 2016 - 15ogos 2016. Lepastu period lg 30ogos 2016 - 2september 2016. Sy risau.. belom pegi check.. nk tahu apa kesudahan sis yani...

    ReplyDelete
    Replies
    1. CP, sorry..ni entri tahun 2013, dah agak lama dan saya pun dah lupa apa kesudahan entri ni. Cuma skrg period saya dah ok, cuma cycle day berubah-rubah...dan saya belum ada anak lagi.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)