04 December 2012

iSihat : Disember 2012


Sabtu lepas masa singgah di Esso Mobil nak beli surat khabar, terbaca tajuk pada majalah iSihat ni. Selama ni tengok je muka depan tapi tak terlintas nak beli. Banyak sangat beli buku-buku sampai berzaman nak habis baca. Tapi tajuk muka depan iSihat kali ni berjaya mencuri tumpuan aku.

"Hapuskan Fobia Suntikan Insulin"

Tajuk yang sangat sesuai untuk mak. Beli pun sebab nak suruh mak baca.

"Kolestrol Tinggi : 10 Makanan Perlu Dielakkan"

Tajuk ni pula sesuai untuk aku, dan juga mak la. Jangan tak tahu, kolestrol bukan sahaja ada pada orang yang berbadan besar, malah orang kurus keding pun ada ye kawan-kawan.

Capai, bayar dan beramss.....huhu!



Overall, baru terfikir, kenapalah awal-awal aku tak kenal majalah kesihatan ni? Banyak topik-topik kesihatan yang dipaparkan. Takpe la, bak kata orang putih "Better late than never", kan?

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)