05 December 2012

Apple Cider Vinegar : Murah!


Masa pergi beli blood strip untuk mak, aku ternampak deretan botol Apple Cider Vinegar atau nama melayu dia Cuka Epal di farmasi ni.

Bila tengok harga, macam berpatutan dan murah juga la. Bila tanya pada orang farmasi tu, dia kata benda ini elok untuk dalaman wanita. Aku dah tahu apa kegunaannya, tapi saja nak dengar dari mulut orang farmasi, mana lah tahu ada kebaikan lain selain untuk betulkan balik period.

Botol yang berwarna hijau tu dah siap-siap bancuh dengan madu, jenama Wescobee. Yang botol kaca berlabel merah putih tu, jenis asli dan tak campur bahan lain; jenama Bragg.

Dulu ada pernah terbaca satu vblog ni yang berkongsi pengalaman amalan minum apple cider vinegar untuk mengatur period yang bermasalah. Boleh rujuk disini. Kalau ikutkan vblog tu, dia amalkan minum produk Bragg dan madu asli secara berasingan selama beberapa bulan dan mendapat hasil positif. 

Jumaat ni temujanji dengan doktor pakar OnG GH Melaka untuk sekian kalinya. Aku ada bincang dengan encik suami, untuk berhenti seketika ambil ubat hormon dan seumpama dengannya dan mencuba cara alternatif dan tradisional pula. Encik suami pun bersetuju dengan cadangan aku. Dan mungkin selepas jumpa dengan doktor jumaat ini, aku berniat nak mula ambil cuka epal dan madu untuk regulate semula kitaran haid aku.

7 comments:

  1. Ida beli jugakk...tgh continue minum.. SIni RM10....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ieda beli yg sama brand mcm dlm gambar tu ke? dah nampak apa-apa kesan positif tak? flow period dah ok? kena tanya feedback juga ni sebelum consume...

      Delete
    2. eida :awak dapat apple sider vinegar tu rm10 ke?kat area sy ssh dapat. .boleh tak sy nk beli kat awak.pleasshhhhhhh.hahahha

      Delete
    3. salam akak.. sape2 yg bole tolong sy beli apple cidar bragg ni? susah nak cari la d area sy. anyone? tq

      Delete
    4. mane sy nk dapat jenama ni ye?? area2 melaka

      Delete
    5. Nurfarah, boleh jumpa di farmasi biasa dan kedai watsons.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)