06 November 2012

Ultra Portable Personal Scale Dari Groupon


Hari ni boleh dikatakan hari terima parcel sedunia...hehe!
Ikutkan semalam Skynet ada telefon, beritahu ada parcel nak hantar rumah tapi aku minta diorunk hold dahulu dan divert alamat ke pejabat aku. Kat rumah memanglah mak ada tapi tak nak menyusahkan mak.

Hari ni dari pagi aku dah ada mesyuarat di unit lain, jadi bila sampai pejabat, budak pejabat kata ada parcel untuk aku baru sampai. Aik...kecil je parcel dia sebab aku jangka barang yang akan sampai standard size. Dah buka, baru tahu ni barang yang aku beli online di Groupon pada hujung bulan September dulu.

Ada cerita sebenarnya disebalik pembelian online ni. Aku sebenarnya ada beli 1 unit mesin penimbang di StreetDeal awal bulan September tu, tapi sampai hari ni, tak sampai-sampai. Bila aku emelkan isu late delivery ni pada customer service StreetDeal, alasan yang dia bagi, delay di pihak kastam. Dah naik menyampah aku tunggu benda alah tu nak sampai kat tangan aku. Hantar emel dah dua kali, jawapan tetap sama. 

Alat penimbang yang beli dari Groupon ni biasa-biasa je, setakat timbang berat je la. Sesuai untuk letak dalam bilik mandi dan dalam bilik tidur. Aku aim beli alat timbang di StreetDeal tu sebab ciri-ciri tambahan dia yang sesuai untuk aku guna untuk monitor proses penurunan berat badan aku sejak makan Herbalife. Boleh kira sendiri peratus air dalam badan, kalori BMR, peratus lemak dan muscle mass.

Takpe lah, sementara tunggu parcel StreetDeal sampai, kita lanyakkan lah dulu mesin penimbang ni dulu.

2 comments:

  1. Ros memula tkut gak nk guna penimbang ni, last2 best plak.. SEnang simpan :)

    ReplyDelete
  2. ros: owh, ros pun beli penimbang yang sama ke? penimbang ni best tp kecik sgt..heheh....dah bandingkan dengan ukuran timbangan kawan, mmg accurate!so tak ada masalah nak menimbang berat lepas bangun tidur.

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)