19 November 2012

Scale Dah Sampai, Berat Badan Terkini..Yeay!

Digital Body Monitor Scale With 5 Measuring Modes - ada fungsi pengiraan peratus lemak, otot, air dalam badan dan ketumpatan tulang

Ingat tak cerita pasal penimbang yang aku beli dari StreetDeal bulan Sept haritu sampai ke sudah tak dapat? Boleh rujuk entry ni. Nah...ambil! Sabtu lepas time hujan, van GEDEX berhenti depan rumah aku, pastu hon-hon macam orang gila. Dasar malas nak turun dari van hujan-hujan tu, sanggup hon lama nak suruh aku keluar dari rumah dan datang ambik. Aku keluar, tapi buat keras tak nak pergi tepi jalan utama, aku bagi signal pada budak GEDEX tu suruh turun dan bawak barang tu kat garaj kereta aku, biar kena hujan...kekekeke!

Lepas sign bagainya, aku usung parcel yang agak berat tu bawa masuk rumah, pastu terus unpack parcal tu. Tadaaaa.....penimbang yang aku dok tunggu macam bulan jatuh ke riba tu sampai akhirnya ke tangan aku.

Pagi-pagi ahad, aku naik penimbang nak tengok berapa berat terkini aku.  Banyak sumber aku rujuk, beritahu waktu yang paling sesuai untuk timbang berat badan adalah pada awal pagi, sebaiknya selepas bangun tidur. Kalau timbang waktu lain boleh juga, tapi mungkin bacaan dah tak sama (malah naik) sebab kita dah makan, dah minum. Tambah-tambah kalau timbang berat pada waktu malam, time tu rasa nak bunuh diri je tengok angka yang muncul kat mesin penimbang (berdasarkan pengalaman diri sendiri, hehe!). Kalau ikutkan yang last masa gi GH Melaka bulan Oktober lepas, berat aku 75.7kg. Bila naik penimbang baru ni, bacaan berat aku macam kat bawah tu. Alhamdulillah, ada penurunan. Tapi kena ingat juga, mesin penimbang kat GH Melaka, mesin penimbang Herbalife dan yang aku baru beli ni tak sama cara pengiraannya. So, aku memang kena rekodkan bacaan yang berbeza setiap kali guna penimbang yang berlainan.


Nampak dia tulis apa kat bawah tu? Sentap ok......'overfat'. Ada tiga indikasi : Normal, Fat dan Overfat. Aku yang paling tinggi punya tahap....ko ada? Hak hak hak.....sabau jer la. InsyaAllah, berusaha untuk turunkan berat badan sampai mesin tu tulis " Ko dah kurus dah yani oi!"..... Heeeeeee

5 comments:

  1. Chaiyok Yanie!!! Good Luck!Seronojnya ada penimbang yg mcm nih...kurang2 tau perkembangan badan... ye la...kalo exercise sometimes muscle bertambah, kalo timbang biasa sure susah hati sbb tertanya2 apsal la berat tak turun2... herbalife tu mmg sgt membantu ke yanie? share ur experience ya... :-)

    ReplyDelete
  2. Sweet Tooth (ST): In Shaa Allah, saya cuba ye nnt kongsikan pengalaman saya selama berHerbalife ni. Kalau nak difikirkan, banyak dah duit melabur untuk turunkan berat badan, tapi demi kesihatan, pejamkan je mata....niat dalam hati untuk kebaikan diri sendiri dan keluarga.

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)