Kata orang, beli secara dalam talian ni (senang cakap, beli online) ni ikut nasib juga. Kalau service provider tu ok, apa yang kita beli, cepat sampai. Kalau yang servis teruk tu, hai..nasib malang la kita sebagai pembeli ni.
Saja nak kongsi dengan korunk, pengalaman aku beli barang secara dalam talian, sama ada di Groupon mahupun di StreetDeal. Aku mula berjinak-jinak beli barang secara online di Groupon dulu, lepas tu baru cuba StreetDeal. So far, alhamdulillah pengalaman aku beli barang di Groupon tak ada masalah dan berjalan lancar (setakat ni la!). Delay delivery pun tak ada la lama sangat, dan bila hantar emel pada support groupon, maklumbalas pun cepat dapat.
Cuma, yang aku terkilan tu, servis StreetDeal agak menghampakan sedikit. Barang yang aku beli dari bulan September, sampai la ni tak dapat-dapat lagi. Memula tu aku diamkanlah juga sebulan, nak tengok apa tindakan yang diorunk ambil. Dah dekat sebulan lebih, senyap je, so aku pun emel pada support StreetDeal, tanya status barang yang aku beli tu pada bulan Oktober. Nak bagi jawapan pun makan masa 2 hari, itu pun diorunk just bagitahu delay kat kastam dan barang tak boleh release lagi. Ok la, fine. Aku balas balik suruh update aku kalau barang dah release.
Masuk bulan November, pun tak ada khabar berita. Aku emel balik tanya apa cerita barang aku tu. Diorunk balas kata masih belum release juga. Adoiiyaii.....apa la yang diorunk buat selama ni? Tak settle lagi dengan kastam ke?
Berzaman ok tunggu barang ni, macam tunggu bulan jatuh ke riba je. Kalau tak boleh deliver, tak boleh ke pulang balik duit customer? Baru beli satu barang kat dia, dah buat hal macam ni. Macam mana la aku nak beli lagi barang kat ko lepas ni?
Troknye.. Bli ape?
ReplyDeleteida tak pernah beli lagi kat streetdeal ni.. kat groupon je salu.... teruk eh??
ReplyDeleteAfrah: refer gmbr atas tu....weighing scale.hehe
ReplyDeleteIeda: mcm x adil la plak nk kata streetdeal tu teruk,tp first time experience dgn dia pun dh jd mcm ni,for sure la dah awal2 yani pangkah x mo beli lg kat sini.
Ish risau gak kan klu brg xsmpai nih..huhuhu
ReplyDeletestreetdeal memang teruk gila!
ReplyDeletesy beli brang dari bulan 8 smpi skrg xdapat lagi..
lebih dr 4 kali email drg cakap delay2..
memang lepas ni xkan beli brang kat streetdeal.
Tu la dia nya Adawiyah...sekarang ni pun, yani jarang dah buka streatdeal tu, kalau ada pun dok layan groupon, milkadeal je
Deletesiannya... tapi sy beli kat streetdeal ok jek...he
ReplyDeleteMeraungtaktentupasal;
DeleteItu yang dinamakan nasib. Mungkin nasib awak baik masa berurusan tu, mungkin lepas ni lebih teruk dari saya...who knows right? Huhu...
Jd kesimpulannyer smpai skrg dh dpt x barang tu??sy pun br ingt nk beli brg kat streetdeal ni..tp nk gne pickup method jer..ok x??
ReplyDeleteeikorina-NaWaL sYaFiQ,
DeleteBarang yang saya beli tu dapat, tapi makan bulan juga la. Kalau nak awak nak proceed cara self-pickup, mungkin boleh cuba juga. mana tahu lebih efektif, kan?