Korunk pengguna minyak Petronas ke? Atau pengguna minyak jenama lain?
Aku yang merupakan pengguna setia minyak Petronas ni sejak 6 tahun lalu, dan memiliki Kad Mesra dah banyak terima advantage dari Kad Mesra ni.
Kumpul-kumpul point dekat 6 tahun, dekat berpuluh ribu juga la point yang masuk.
Dulu, nak beli atau tebus apa dengan point tu pun aku tak tahu.
Tapi nasib baik, pak cik yang jaga pam Petronas tu ajar, boleh top up minyak dengan tebus mata ganjaran Kad Mesra. Jadi, setakat ini sudah dua tiga kali aku merembat point Petronas tu jadi minyak kereta aku. Pertama kali masa naik Cameron Highlands dua tahun lepas. Aku tebus berapa puluh ribu point ntah, dan isi minyak RM50. Selamat skit duit aku daripada keluar dari wallet masa tu. Kali kedua masa tengah bulan, malas nak gi cucuk duit kat ATM, aku rembat lagi point Kad Mesra untuk isi minyak. Hehehe...dasar!
Owh, berbalik pada gambar di atas tu, malam ahad lepas, aku yang dah berhari-hari dok skodeng patung Boboiboy kat display Petronas tu akhirnya tewas juga dengan encik suami yang beria-ia suruh beli benda alah tu. Hehe...nasib baik aku baca iklan atas display tu, ada tertulis boleh tebus mata ganjaran Kad Mesra untuk dapatkan miniatur siri Boboiboy. Jadi, selamat duit aku dari keluar malam tu.
Bila dah beli miniatur Yaya, encik suami macam teruja sangat, tak senang duduk masa dalam kereta. Dia suruh aku gi beli lagi satu miniatur Boboiboy Angin. Dia beri duit, tapi segan nak gi kaunter lagi sekali. Cess....aku juga jadi mangsa. Hehehe...
Ida jarang jarang isi Petronas. Dulu Shell.. Kini dah Esso.. hikhihikhk
ReplyDeletei pengguna setia petronas :-) dulu, kini dan selamanya.... Hehehe :-)
ReplyDelete@Sweet Tooth : Bagus2....Yani pun sama, dulu, kini dan selamanya..In shaa Allah!
ReplyDeletehubby pengguna setia petronas..kdg2 je dia guna kad mesra..so point x byk sgt..hari tu tebus dpt 1 je..lagi 2 kne kuar duit bli sendiri..maklum lah saya ade 3 ank boy..so boboiboy kne bli 3 la..haha..salam kenal dr saya mama3hero
ReplyDeleteHehe...ye ke? ye la kan, 3 hero mesti nak boboiboy masing-masing kan? salam kenal dari yani juga...!
Delete