Selepas main bowling, kami berdua terus ke Aeon Bandaraya Melaka. Memandangkan encik suami bukan senang nak cuti, ada peluang macam ni memang digunakan sebaik mungkin. Seronok tengok encik suami senyum lebar masa main bowling, ye la, selalunya pergi kerja, balik kerja, badan dah keletihan. Malam tu menonton wayang filem James Bond yang terbaru, Skyfall. Badan dah letih tapi degil nak pergi menonton juga. Huhu....
Awal-awal menonton tu, tetiba rasa macam pernah tengok lokasi masa aksi kejar-mengejar James Bond dengan penjahat tu. Oh, rupa-rupanya lokasi yang sama dengan filem Taken 2 iaitu di Istanbul, Turki. Overall filem ni, memang best! Encik suami beritahu filem Skyfall ni merupakan permulaan jalan cerita James Bond sebab dalam filem ni la baru diperkenalkan ketua perisik M16, iaitu M versi lelaki dan saintis Q tu.
Masuk wayang jam 11.20 malam, dan keluar pada jam 1.30 pagi. Sampai rumah dah dekat 2.40 pagi. Amazingly, pagi tu tak bangun tidur lewat dan sampai pejabat awal. Yeay!
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)