Hari Khamis malam Jumaat lepas, famili aku ada buat outing ke Melaka International Bowling Centre (MIBC) bertemakan riadah suka-suka. Disebabkan perlu ada seseorang untuk jaga mak di rumah, hanya famili kak teh, aku dan famili adik aku je yang pergi.
Oleh kerana tema kami riadah suka-suka, jadi bermain tanpa tekanan. Lagipun, mana boleh lawan pasangan bowling peringkat universiti (Kak Teh dan abang ipar) ni? Aku nak pilih bola bowling pun terkial-kial, Kak Teh aku siap bawa bola bowling sendiri lagi tu lengkap dengan beg peralatan. Sempat juga la Kak Teh aku ajar aku teknik baling bola bowling dengan betul. Hehe....
Penyeri malam tu semestinya anak-anak buah aku. Kak Teh aku siap tempah satu lane khas untuk anak-anak dia bermain. Bila Aina Banana sampai, masing-masing berebut-rebut nak pegang. Bila difikir-fikirkan balik, rasa kelakar pula apabila sampai turn aku main, aku serah Aina pada encik suami, bila giliran encik suami, dia serahkan pula Aina pada adik ipar aku. Kesian Aina kena passing-passing.
Kiri : Aina Banana tak berenggang dari mama dia
Tengah : Anis malu-malu dengan Pak Ucu dia
Kanan : Ucu dapat peluk Wani
Kami bertolak balik sekitar jam 10 lebih malam sebab Jumaat masing-masing masih kerja. Tapi...ada tapinya, aku dan encik suami melencong ke Aeon Bandaraya Melaka untuk menonton wayang James Bond : Skyfall. Masa untuk kami berdua berdua-duaan menghabiskan masa bersama.
Bersambung ke entry seterusnya!
ada wajah keibuan dah haaa..
ReplyDeleteinsyaallah, tak lama lagi dah ni..
aida: InsyaAllah, doakan akak ikut jejak langkah Aida selepas ni.
ReplyDelete