01 October 2012

CD1 : 1 Oktober 2012

Nak update cerita pasal perkembangan makan ubat hormon ni pun, rasa macam tak de apa yang menarik.
Lewat 4 hari, maaaaacam biasa.
Sikit-sikit je rasa breast pain, tu pun dah nak dua tiga hari sebelum CD1 ni baru datang. 
Stomach cramp pula sedang-sedang je, antara rasa tak rasa.
Lain betul senario kalau nak dibandingkan dengan pengalaman makan ubat Duphaston dulu. Dulu, breast pain lama, stomach cramp atau sengugut yang boleh tahan sakitnya dan turun period berketul-ketul, banyak dan lebih dari tujuh hari.

Lewat empat hari ni, aktiviti bermanja dengan encik suami diperbanyakkan. Mungkin aku dah set dalam fikiran aku, confirm period lewat macam 2 kitaran lepas, jadi aku tak mengharapkan apa-apa dari aktiviti beramas mesra dengan encik suami kali ni. Just for fun...huhuhu. Walaupun aku yakin period kali ni hanya selama enam hari sahaja, kena qada awal-awal keperluan encik suami. Aku bukan takut dia sunyi, tapi aku takut aku yang tak boleh hold lama-lama. Hahaha....opss,sorry! Aku perasan sejak-sejak makan ubat hormon ni, time biasa, macam biasa je la aktiviti beramas mesra kami suami isteri. Tapi, bila time datang bulan, aku plak yang terlebih-lebih hormon minta dimanja. 

Oklah, berbalik kepada cerita CD1 hari ni.
Masuk tandas tadi, macam biasa check pantyliner dulu.
Sah...ada tanda secalit sikit darah.
Cuma, baru hari ni rasa perut senak dan sebu semacam.
Alahai, lupa nak bawa minyak Jerslin plak.....kebiasaan aku, bila datang bulan je, memang aku akan berbau minyak Jerslin satu badan...hahaha.
Aku sapu kat bahagian ari-ari, atas perut dan tapak kaki.
Lepas sapu baru rasa lega sedikit. Tapi kena sapu selalu la.
Nanti tunggu berapa minit, mesti aliran datang bulan aku akan lancar. 

Kalau ikutkan, hari Jumaat ni hari temujanji dengan doktor pakar OnG di Hospital Besar Melaka.
Period aku enam hari, jadi Jumaat ni aku masih dalam keadaan hari kelima datang bulan. Aisehmen, macam mana ni? Kalau tak check bahagian bawah ok la, tapi kalau kena check bawah, acaner?Harap-harap Jumaat ni period aku dah hampir kering, kalau tak...segan!

4 comments:

  1. salam kak..
    boleh tak akak story macamana akak jumpa doktor ong kat hospital melaka tu?....mcmana dapat pi sana, bayaran...semua lah.

    nanti email aida ehh.terima kasih kak.

    aida_shahiran@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. Nak story....? herm...rasa sama je mcm org lain...tak pe la,nnt akak try emelkn pd aida,based pd pengalaman akak la.kalau org lain, x tahu la akak... :)

    ReplyDelete
  3. Ieda: hahahaha.....tang mana yg gatai tu? Betul la kan? Kesian kt suami, kena puasa lama...haha

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)