27 August 2012

Warna Warni Lebaran 2012


Warna tema kami suami isteri untuk hari lebaran tahun ini adalah ungu-pink.
Raya tahun ni adik beradik bergilir-gilir balik rumah mertua dan rumah mak. Mana yang sempat jumpa, sempat la. 

Seperti yang dapat dilihat dalam gambar kat atas tu, kami masih berdua. Seronok sebenarnya beraya berdua ni, nak kemana-mana pun senang. Bersiap suami isteri, terus masuk kereta dan jalan je. Tak payah fikir banyak benda. Raya kali ni kami tak dihujani langsung dengan soalan berhantu tu...syukur alhamdulillah! Masing-masing cuma fikir pasal raya. Seronok bergambar dengan anak buah (anak adik bongsu), anak buah lain (anak adik sedara), anak kawan yang dah hampir 11 tahun kami tak berjumpa selepas habis belajar di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP 2001/2002), tak lupa juga bergambar dengan kucing-kucing di rumah yang kami pergi beraya (kami suami isteri sangat suka kucing), menumpang manja dan kasih sayang pada anak buah dan kucing orang...hehe.

Berkunjung ke rumah seseorang, kami mendapat perspektif berbeza tentang keinginan memiliki zuriat. Betul juga kata-katanya, kita manusia ni kalau berhajat sangat, berdoa siang malam padaNya agar hajat kita dimakbulkan. Tapi selepas dapat, adakah rasa bersyukur itu masih dapat dikekalkan atau diabaikan? Allah mungkin akan makbulkan apa yang kita hajat-hajatkan sangat dalam hidup kita, tapi kita kena ingat, Allah juga akan uji kita selepas itu. Mungkin Allah beri kita sesuatu, tapi Allah akan tarik sesuatu juga dari hidup kita. Meminta dariNya boleh, tapi jangan keterlaluan meminta...takut-takut kita tak termampu menanggung tanggungjawab yang Allah telah berikan kepada kita nanti.....wallahualam. Terima kasih wahai hamba Allah berkenaan atas nasihat yang diberikan.

p/s: Bercuti panjang lebaran kali ni, banyak masa diluangkan dengan suami. Bila masing-masing mula bekerja, dah tak boleh lepas suami pulak.....rindu sangat. Masih tak puas bermanja. Alahai.....

9 comments:

  1. alahai Safirul Amar....pepagi dah jenguk blog aku erk....hehhe...dah masuk kerja ke belum ni??

    ReplyDelete
  2. Btul tu seronok berdua... :) bertiga nnt ade susah ade seronok, insyaallah ade rezeki nnt..cayanggg akk... Cntik purple...

    ReplyDelete
  3. ros: terima kasih ros....bukan menafikan bertiga tu lebih baik, tapi kalau dok stress sampai bila nak berdua.....herm, ntah la..tak perlulah nak layan sangat perasaan sayu mayu tu....

    ReplyDelete
  4. tau xpe..dh seminggu bkepit dgn cik abg, rasa susah plak nk lepas die g keje..hehe..

    ReplyDelete
  5. anna: hie anna....kan, betul kan? macam org bercinta rasanya. masa raya berkepit berdua ke sana ke mari, org lain peluk/dukung anak usung sana sini, kita ni dok peluk suami.....syurga rasanya!

    ReplyDelete
  6. Omeyy nya ungupinkkkk... hehehhee~

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)