07 August 2012

Tunggu Je La 13 Ogos Ni


Memandangkan sistem online espeks dah boleh akses pagi-pagi ni, saje jenguk kalau-kalau slip dah boleh disemak. Semak je, bukan boleh cucuk ATM sekarang pun.

Tengok-tengok dua-dua slip dah boleh disemak, senyum meleret bila tengok angkanya; Alhamdulillah!

Tapi, bila cek balik tarikh pembayaran, huhu...spoiled! Kalau ikutkan pengumuman PM Najib, pembayaran akan dibuat pada 9 Ogos untuk bonus raya, tapi bila semak slip, tarikh pembayaran disamakan dengan tarikh pembayaran gaji bulan Ogos iaitu 13 Ogos 2012. Baru ingat nak pergi membeli belah (sebenarnya tak de apa pun nak beli sangat, semua dah hampir siap, cuma nak beli baju melayu encik suami, memandangkan baju raya aku dah siap tempah 3 pasang) hujung minggu ni, terpaksa la tangguhkan hajat ke minggu hadapan. Lagipun, nak shopping baju melayu, kena tunggu encik suami ada sekali, biar dia pilih sendiri kualiti kain yang dia nak, kang salah pilih, tak sedondon plak masa raya nanti.

Yang utama, nak tukarkan duit raya di bank sebelum minggu akhir bulan Ramadhan. Kebanyakan kawan opis dah gi tukar duit di bank awal-awal. Takpe la, pakailah dulu duit gaji bulan Julai ni untuk tukar kepada duit raya baru. Nasib baik masih banyak lagi.

3 comments:

  1. Eh yeke? Ala! Spoilll.... hahhahahaha

    ReplyDelete
  2. Kitaorg mmg dah declare awal2 gaji + bonus pada 13 Ogos. Unit gaji tak mampu nak buat asing2..banyak koje..hehe

    ReplyDelete
  3. La..ye ke Cik Puan Tipah? Kami mana la tahu, dah PM Najib umum dapat 9 Ogos, kami pun ikut je la...tapi kerajaan negeri Melaka memang bayar 13hb Ogos untuk kedua-duanya. Bertabahlah menunggu Isnin depan...huhuh

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)