15 August 2012

Mengomel Di Hujung Ramadhan

  1) Alhamdulillah, sepanjang bulan Ramadhan ni hampir penuh sebulan memasak untuk berbuka. Tak kira la, masak team up dgn kakak aku, atau masak sendiri. Memang tak jejak kaki langsung ke bazar ramadhan kecuali semasa balik Seremban, masa tak mengizinkan dan tak sedap plak balik dengan tangan kosong, singgah juga la sekejap ke bazar ramadhan Seremban beli kuih muih dan air. Sejak bibik no. 5 tu lari, memang kami adik beradik take over tugasan memasak untuk mak, bukan la selama ni serah terus pada bibik, tapi biasanya mak dah arahkan bibik siap-siap masak sebelum kitaorunk balik kerja. So, bila balik memang dah terhidang. Tak pe la, tak kisah. Dah imun dengan situasi macam ni. Bibik ada ke tak de, urusan menguruskan kehidupan mak memang jadi keutamaan kami.

2) Dua kali dalam bulan puasa ni aku uruskan mak gi ambil ujian darah di Hospital Besar Melaka selang dua minggu sebab doktor pakar nak pantau kesihatan buah pinggang dan darah tinggi mak. Bacaan tekanan darah tinggi bulan Julai haritu tak berapa baik, jadi doktor minta ambil ujian darah tanpa berpuasa. Nak minta adik beradik lain bergilir-gilir bawa mak, aku rasa malas, jadi aku minta izin dari ketua unit aku untuk masuk lewat skit (ambil time slip), bawa mak ke hospital, lepas tu nak hantar balik mak ke rumah. Pergi balik je dah makan masa 2 jam lebih. Agak memenatkan tapi dah namapun tanggungjawab, aku abaikanlah benda remeh temeh, yang penting mak.

3) Baru lepas beli tudung raya. Budak-budak opis dah setiap minggu sejak pertengahan bulan Ramadhan keluar tengahari ke kedai membuat persiapan raya. Aku baru mula tadi. Tu pun sebab budak opis ajak. Gila liat nak gi shopping tengahari masa rehat macam ni. Berpinau mata nak memilih tudung, macam-macam gaya, trend, warna dan corak. Sedia duit je la. Tak paham aku fesyen tudung sekarang ni. Pegang letak, pegang letak sambil tangan kiri pegang kain baju kurung nak padankan warna. Hoi...muntah!


4) Kuih raya ada ler dalam dua jenis aku buat sendiri. Biskut coklat chip dan munchy fruity conflakes. Lain? Pilih mana nak, hulur duit. Huhu... Serius aku tak ada semangat langsung nak buat kuih raya tahun ni. Tu pun sebab mak yang dok tanya tak de nak buat kuih raya ke tahun ni? Ikutkan aku, memang tak nak buat langsung. Encik suami pun dok ulang kat telinga aku, nak rasa aku buat kuih raya tahun ni. Sampai satu tahap aku naik angin dengan dia. Benda yang aku tak nak buat, jangan la paksa-paksa. Tapi, lepas kena tazkirah dengan mak bila aku cerita aku angin dengan encik suami pasal kuih raya, aku buat juga la. Tak de la aku kejam sangat nak derhaka kat suami. Gigih suami aku makan biskut yang tak kureng menjadi tu, siap tawar diri kalau tak sedap, pass kat dia, dia boleh tolong habiskan.....cess!

2 comments:

  1. rajinnya buat kuih.. zana x pandai la nak buat.. *alasan, padahal malas! hihihi..

    ReplyDelete
  2. erk, zana..buah kuih raya ni pun rujuk resepi belakang kotak cornflakes.....amaturnyer hasil kerja.

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)