Ahad lepas, setelah menunggu dekat 2 minggu lebih, baru kontraktor Cina yang kami biasa berurusan untuk urusan ubahsuai rumah datang untuk tukar tingkap zaman British rumah mak tu. Sayang sebenarnya nak tukar sebab overall masih elok, cuma ada beberapa kesan pecah dan retak yang nampak buruk akibat terkena batu yang melantun semasa kerja-kerja memesin rumput.
Ini cermin tingkap dalam bilik aku yang bakal ditukar pada hari ni (Selasa). Memandangkan banyak debu dan habuk simen yang akan berterbangan macam hari Ahad tempohari, aku dan suami dah awal-awal tutup semua barang dalam bilik tu dengan suratkhabar. Katil dah dialihkan, tilam dipindahkan ke bilik lain (tak pasal-pasal suami isteri dah tidur atas lantai macam cerita P.Ramlee tak bayar duit sewa...hehe, tapi best! Romantik je).
Cantik juga tingkap tu. Ada kerawang kerawang.. hehheee~
ReplyDeletebritish pun cntik.. skrg org suka yg style lama punya :)
ReplyDeleteoh british style nama nya yer
ReplyDeleteeka: tak de la british pun sgt, cuma rumah ni famili beli lepas pegawai2 tentera british duduk dan balik ke negara asal mereka.
ReplyDeleteso, mmg tak pernah ubah design sebahagian daripada bentuk rumah asal ni.