06 July 2012

Hari Ni Sudah CD31


Hari ni dah CD31.
Hari pertama period bulan lepas adalah pada 6 Jun 2012.
Kalau ikutkan, semalam last makan ubat hormon untuk kitaran pertama.
Dan kalau ikutkan kitaran-kitaran yang dulu semasa makan pil Duphaston, habis je 21 hari makan ubat, hari pertama dan kedua untuk 7 hari bebas tanpa pil dah mula period.
Tapi sampai ke petang ni (CD31) dan hari pertama bebas tanpa pil hormon, tak keluar apa-apa tanda lagi. 
Tak ada brown spotting macam selalu.
Breast pain? Memang ada rasa seminggu lebih yang lalu. 
Herm, tapi tak pasti la sama ada pasal tanda-tanda period dah nak datang menjenguk atau pasal aktiviti lain (hehe..*blush*) yang agak agresif.
Cumanya, bawah perut rasa macam sebu-sebu skit. Rasa cramp dan berdenyut pada rahim sebelah kiri baru dua tiga hari muncul tapi tak selalu.

Untuk rekod, sembilan daripada sepuluh hari ganti puasa dah selesai, cuma tinggal sehari lagi.
Ingatkan nak habiskan mengganti puasa hari ni, tapi memandangkan hari ni banyak agenda nak buat masa waktu rehat, terpaksalah tangguhkan.
InsyaAllah, kalau sampai esok masih tak ada apa-apa tanda, sambung semula sehari lagi puasa ganti.

5 comments:

  1. Sama!! Ida pun CD31 hari ni.. Takde pun datang Miss P.. =((

    ReplyDelete
    Replies
    1. eida: klau masih tak keluar dlm ms terdkt, eida selalunye buat apa? tunggu je atau ambil ubst turunkn period?

      Delete
  2. sizuka: mmg cycle awak punye tempoh mcm tu ke?tu kire normal ke utk awak?

    ReplyDelete
  3. yap, cyclesy lebih kurang 35...

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)