Alhamdulillah, setakat 5 hari berpuasa di bulan ramadhan ni, aku masih dapat gagahkan diri bersolat terawih di surau taman perumahan aku ni. 2 kali ditemani encik suami (waktu dia cuti dan balik awal dari opis dia), dan bakinya aku pergi sendiri. Mak buat solat terawih di rumah sahaja. Bukan tak kesian, tapi agak sukar nak bawa mak ke surau berkenaan yang perlu melalui anak tangga yang curam. Mana larat nak angkat kerusi roda tu sorang-sorang. Sebab tu mak kata tak kisah kalau aku pergi seorang berterawih di sana, dan mak buat solat terawih di rumah sahaja.
Bermula malam kedua terawih, surau mengadakan tahlil untuk ahli surau yang ingin membuat tahlil bagi ahli keluarga yang sudah tiada. Aku perhatikan ada juga jemaah lelaki dan perempuan yang beransur balik semasa majlis tahlil nak dimulakan, jadi ahli jemaah yang tinggal tak berapa ramai la. Jadi, malam tadi, sebelum solat terawih dimulakan, imam ada buat pengumuman, minta ahli jemaah surau tunggu sekejap (tahlil biasanya berakhir dalam 20 minit) untuk sama-sama membuat tahlil, sebab consider ni bukan tahlil untuk ahli jemaah yang rekues je, ia termasuk untuk arwah ahli keluarga kita semua sekali. Kire macam imam mengigatkanlah supaya jangan terburu-buru balik, dan luangkan masa sebentar untuk tahlil tu.
Masa imam cakap tahlil ni untuk arwah ahli keluarga kita juga, aku teringatkan arwah abah aku. Masa tu airmata dah bergenang-genang dah. Masa solat terawih berjemaah tu aku menangis. Tetiba aku rasa rindu sangat pada arwah abah aku. Dah hampir setahun lebih arwah meninggalkan kami sekeluarga. Momen dengan arwah yang paling aku rindu adalah momen aku cium pipi dia setiap kali aku jumpa dia (arwah abah tak duduk serumah dengan kami). Rindu bau pipi abah. Rindu nak cium tangan abah. Ya Allah....sumpah! Aku terlalu rindukan arwah abah aku saat ni.
ayat last tu membuatkan zana rasa takut kehilangan abah.. apapun, ajal maut di tangan Allah.. Al-Fatihah buat arwah abah awak..
ReplyDeletesama2 kite berterawih yer..al-Fatihah utk abah yanie..
ReplyDeletezana: betul zana, hanya lepas kita kehilangan seseorang, kita akan rindu sangat-sangat orang tu. makin nak dekat raya ni, yani makin sedih bila teringatkan arwah abah....walaupun kami adik beradik tak berapa rapat dgn abah, buruk baik dia, dia tetap abah kami. kami tak akan lahir di muka bumi ni tanpa dia.
ReplyDeleteanna: insyaAllah, tak tahu dari mana datang kekuatan nak berterawih sehabis baik tahun ni, kalau ikutkn, yani jarang berterawih penuh....semoga ni petanda baik untuk yani berubah ke arah yg lebih baik. terima kasih anna....al-fatihah juga utk arwah abang anna....kita yang kehilangan orang tersayang ni, lebih tahu rasa 'kehilangan' tu kan?
ReplyDelete