10 July 2012

Sedih Tapi Tak Apa La


Semalam CD34, bermakna dah lewat 4 hari dari hari sepatutnya period.
Gembira ada, risau pun ada.
Tak ada apa-apa tanda brown spotting.
Cuma sekali sekala perut rasa sebu dan kembung, cramp sedikit di sebelah rahim kiri.

Bohong kalau aku kata aku tak berharap sesuatu yang menggembirakan akan muncul.
Dalam otak asyik berfikir, bulan ni lewat sebab apa? Perubahan hormon sebab bertukar ubat ke, atau doa aku dah termakbul?
Tapi bila semalam petang, masa dalam toilet aku nampak ada tiga titik darah keluar, aku dah sayu hati.
Lepas tu tak da keluar apa-apa dah.
Sampai la malam tadi, aku tertidur awal sedikit, badan rasa letih. 
Tahu-tahu je suami dah balik dari tempat kerja dan dah siap makan malam tanpa aku (kesian abang!).
Aku terjaga bila dia baring sebelah aku dan letakkan kepala aku atas dada dia (the best place in the world to get a good sleep), dalam keadaan mamai aku cuddle dengan dia sekejap tetiba aku rasa something keluar mengalir kat bawah.
Aku cepat-cepat bangun, dalam suram-suram lampu bilik tidur, aku rasa atas cadar katil...basah!
Sah...period!
Cepat-cepat aku ke bilik mandi, bersihkan apa yang patut dan tukar pakaian.
Masa dalam bilik mandi tu, aku dah bergenang airmata, speechless.

Masa aku masuk balik dalam bilik tidur, suami dok perhatikan muka aku.
Aku diam je, naik atas katil sambil urut bawah perut yang rasa bisa dan sengal.
Suami macam dah faham, terus ambil minyak Jerslin dan sapu pada perut aku.
Aku elak pandang mata dia sebab aku tahu aku tak de kekuatan nak cakap apa-apa kat dia.

Aku cuba tak nak menangis, aku cakap perlahan-lahan kat telinga suami "Ida minta maaf, bang..."
Belum habis aku cakap, airmata aku dah bercucuran jatuh.
Tambah sedih bila suami peluk dan ucap " Takpe, bukan salah Ida. Bukan rezeki kita kali ni..kita boleh usaha lagi kan?"

Takpe la, bukan rezeki kali ni.
Mungkin ada hikmahnya aku tak ada rezeki bulan ni.
Mungkin Allah nak aku fokus pada kesihatan badan aku dahulu, lepas tu barulah boleh fokus pada usaha nak dapat zuriat.

Dan dengan ini, hari ini aku sudah masuk CD2.

6 comments:

  1. Takpe yani, usaha lagi. Takmo sedih yer.. Rezeki tu ada tapi bukan skrg kot? Hanya DIA yang Maha Mengetahui kan? Tapi ida jeles tengok yani dah period dah!! Ida ni ha, dah CD35 hari ni, tapi apa pun tanda takde.. sedih sedih...



    *eh nape panggil ida? nama kita sama!!hehe*

    ReplyDelete
  2. eida: mmg nama panggilan yani kat rumah 'ida'...cuma kat dlm blog nak elak kekeliruan, sahaja bahasakan diri 'yani' (tu pun lebih kurang sama nama dengan yannie bunny..hehe)
    Tu la, tgh berfikiran positif sepanjang hari ni, fokus pada benda lain...kalau layan perasaan, mmg boleh buat nangis....

    ReplyDelete
  3. sabar ida sabar... inyallah ada rezeki kita k sll berfikiran positive... nasib kita ada suami2 yang kuat utk support kita kan.. so kita pon kena kuat untuk diaorg... hu3 nangis laa sepuasnya nye ida.. agar esok kita lebih kuat untuk hadapi ujian seterusnya n untuk terus berusaha... chaiyookk..chaiyokkk...

    ReplyDelete
  4. sabar ye yani..kuatkan hati dan sentiasa redha dengan Allah SWT..sama2 kita doa k..

    ReplyDelete
  5. anna: insyaAllah...mmg dah mula redha, dan skrg tgh cuba berfikiran positif. walaupun belum rezeki kali ni, sekurang-kurangnya bulan ni datang bulan macam biasa (eventho dgn bantuan ubat hormon)....mungkin lepas period ni, kami boleh usaha semula sama-sama.....doakan ye?

    ReplyDelete
  6. xpe, usaha lagi yer. tapi btol gak tu..stress sgt pon xbuleh:)

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)