24 July 2012

Baitul Rahmat @ TV1 Buat Aku Menangis

Sumber Gambar : Laman Web RTM

Ringkasan drama bersiri 'Baitul Rahmat':

Kisah pergolakan adik-beradik Hashim, Hanim dan Husna untuk menjaga ibu mereka, Maimunah yang sudah tua dan semakin uzur. Kerana pentingkan diri, mereka telah mengambil keputusan untuk meletakkan ibu mereka di bawah jagaan rumah orang-orang tua BAITUL RAHMAT. Alasan mereka juga mudah iaitu ibu lebih terjamin sebab ada orang jaga. Sebak hati ibu bila anak-anak yang ditatang macam minyak penuh dari kecil dengan payah tak sudi menjaga dia seorang. Menitis airmata ibu bila dia diserahkan kepada Juriah, warden di rumah Baitul Rahmat. Sampai dia terfikir,manalah silapnya. Itulah kali terakhir ibu melihat anak-anaknya.

Mujurlah di rumah Baitul Rahmat ini, ibu ada berkawan dengan Khadijah dan juga Rahmah selain kawan-kawan yang lain seperti Makcik Adibah, Hasnah dan juga Wan. Kepada merekalah ibu meluahkan rasa sedihnya. 

Juriah, penyelia rumah Baitul Rahmat tersebut cuba menceriakan hari-hari di Baitul Rahmat dengan berbagai aktiviti menarik agar semua orang tua yang ada di sana tidak sedih. Mana taknya, Juriah dibesarkan di rumah anak yatim dan dia tidak pernah dapat merasa kasih sayang ibu bapa. Jadi kepada orang tua yang ada di sinilah Juriah menumpang kasih. Syukurlah, mereka semua hargai dan menerima Juriah dengan tangan terbuka. 

Ramadhan kini sudah menjelang. Ibu memang dah makin uzur ditambah pula dengan rasa rindu yang semakin membuak-buak kepada suasana rumah. Hari- hari di Baitul Rahmat ditemani dengan zikir, tadarus dan amal ibadat sunat. Ramadhan kini semakin hampir melabuhkan tirai dan tiada bayang anak-anak ibu yang akan datang. Rindu yang melanda jiwa ibu semakin parah dan dia mula jatuh sakit.
Bagaimananakah kesudahan BAITUL RAHMAT? Saksikannya pada setiap hari sepanjang bulan Ramadhan mulai 21 Julai 2012 pukul 7.30 malam di TV1. 

Sumber Gambar : Dah terang lagi bersuluh..tu dia, dari blog Budiey.com, sinopsis padat pun boleh rujuk di blog Budiey.com

Nak kata tengok dari awal, tak juga. Tapi bila tertengok babak Mak Engku Fridah Ku Shafie (Maimunah) menangis bagai nak rak masa anak bongsu dia Husna (Azza) tinggalkan dia di rumah orang-orang tua BAITUL RAHMAT, hati ni jadi betul-betul tersentuh. Meleleh juga lah airmata, aku plak yang bersyahdu sadan depan tv, nasib baik melalak sengsorang dalam bilik, kalau kat ruang tamu, mau kena gelak dengan mak aku. Huhu....

Yang bestnya, drama bersiri ni diulang tayang semula semasa kita semua sedang bersahur keesokan harinya. Jadi, kalau terlepas waktu siaran jam 7.30 malam tu (apa dah, tayang time-time orang berbuka dan sibuk nak bersolat maghrib! RTM 1 tolong take note la ye...) boleh la tonton semula ulangan drama ni sambil-sambil menunggu waktu solat subuh nak muncul.

Update!
Baitul Rahmat bakal disiarkan bermula 21 Julai ini pada pukul 7.30 malam dan siaran ulangan pada pukul 5 pagi setiap Khamis dan Jumaat.

3 comments:

  1. tu la...tayang time mgrib..ape daa...ulangannya pukul berapa yanie?

    ReplyDelete
  2. tak berapa pasti la anna, yang pasti masa lepas waktu sahur, bukak tv je memang tengah tayang drama ni...nnt yani check di laman web RTM ye....

    ReplyDelete
  3. ala waktu buka kan,apa salahnya tgk!

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)