11 June 2012

Buah Zuriat & Serbuk Debunga Kurma

Sabtu lepas berjumpa dengan pemilik blog HamilComel, Puan Yasmie di Mydin Ayer Keroh, ambil buah zuriat dan serbuk debunga kurma darinya. Kebetulan dah berjumpa, ambil peluang bertanya macam-macam dengan Puan Yasmie; cara makan dan bila masa yang sesuai untuk makan. Sebenarnya segan juga dengan Puan Yasmie, sebab dua kali berjanji dengan dia sejak hujung bulan Mei nak jumpa dengannya tapi kelmarin baru berpeluang berjumpa. Nasib baik la Puan Yasmie layankan juga karenah aku ni...!

Gambar ehsan dari Google, tak sempat snap yang beli sendiri..boleh? Hehe

InsyaAllah, lepas habis period ni nak cuba salah satu daripada serbuk debunga kurma atau buah zuriat, macam Puan Yasmie cakap, cuba satu-satu baru nampak mana satu yang berkesan. Untuk rekod (macam laporan plak!), period bulan ni ada pelik sikit paternnya. Hari pertama (5 Jun) hingga hari keempat (8 Jun) tak keluar sangat, setakat calitan red brownish spotting dan takde period cramp. Hari kelima (9 Jun) baru mula keluar dengan kuantiti yang banyak skit dengan rasa sengal period cramp yang sekali sekala datang, itu pun masih guna pantyliner sampai hari keenam (10 Jun). Dan hari ni, terpaksa pakai pad terus sebab seawal pagi dia dah hampir penuh satu pantyliner. Nasib baik ada bawa backup pad dan seluar kecik dalam kereta dan di pejabat.

10 comments:

  1. Jumpa terus? Bgus ni! heee~ Ida order chatting kat fb je.. heee~

    ReplyDelete
  2. Itu la ieda, kebetulan Puan Yasmie tu orang Melaka, takkan nak order pastu suruh dia pos laju kot? melampau la tu..heheh...dah alang2 berjumpa, tu yang bercerita dengan dia..Puan Yasmie ni ok orangnye, baik je...

    InsyaAllah, kalau nak beli stok baru, mungkin jumpa face-2-face lebih mudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Ada xnom fon puan yasmin... dan dimana kedainya

      Delete
    3. Ada xnom fon puan yasmin... dan dimana kedainya

      Delete
  3. berapa harga serbuk debunga kurma tu ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum...saya ada menjual buah zuriat & debunga kurma dgn pakej harga yg menarik..jika berminat boleh sms/whatsapp/wechat ke 013 - 984 6450 atau layari blog kami herbazuriat.blogspot.com...

      Delete
  4. harga dia ikut cara packaging dia, kalau tak silap yani. kalau tanpa packaging (nak elak berat masa delivery) murah skit la...dalam anggaran RM28 kalau tak silap yani.

    ReplyDelete
  5. salam...kami ada menjual barangan dr madinah dgn harga yg sgt berpatutan...pakej buah zuriat bersama serbuk debunga kurma hanya rm60 sahaja! dan kami akan poskan terus dari madinah.. =) lawati fb kami, Faraway Shoppe... atau blog, farawayshoppe.blogspot.com...
    terima kasih.. =)

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)