Esok dah nak bergerak ke Chemor, Perak dengan suami, menghadiri majlis perkahwinan member pejabat merangkap budak bawah unit aku. Asalnya nak berkonvoi dengan member-member yang lain, tapi plan berubah sedikit, dengan aku bergerak dari Seremban pagi esok. Alang-alang dah lalu Seremban, aku ajak encik suami singgah tidur semalam kat rumah mertua, sebab dah niat nak hantar hadiah untuk famili mertua (*wink).
Dah dekat seminggu lebih budak-budak opis duk memujuk untuk singgah tidur semalam di Cameron Highland selepas majlis kawin member kat Chemor tu, dengan alasan saja-saja. Memang tak rancang pun. Bila bincang dengan suami haritu untuk suruh dia mohon cuti temankan aku ke Perak, aku ada cakap nak singgah sekali kat Cameroon. Encik suami apa lagi, memang dah tempat kegemaran dia, laju jer dia setuju untuk mohon cuti 2-3 hari.
p/s: Due date period bulan ni berkemungkinan 11 Mei 2012 ni, tapi sejak dua hari ni dah mula rasa senak-senak perut, kejap bisa-bisa, tapi paling ketara di rahim sebelah kiri. Herm...bila mengadu dengan encik suami takut period keluar awal masa di Cameron, boleh pulak dia jawap macam ni "Tolong urut dan bagi tau perut sayang jangan kuar period dulu ye". Cess.....
Spoil mood kalau keluar kan.. hihiihi..Tapi kalau tak kuar, manyak syok tu.. verangan jap! heee~~
ReplyDeleteEida,
ReplyDeleteHuhu mmg berangan mcm tu pun, tp memikirkan yani ni ada PCOS, period datang setiap bulan pun dah syukur sangat2.
Haish, ni yang mood larik ni, nak seronok2 jalan dengan suami, ambik mood honeymoon yang masih tak sudah ni...tetiba badan meragam pula. seram sejuk, bisa-bisa badan macam nak demam. selalunya kalau nak period, mmg yani kena macam ni. aduhai....