Sudah seperti menjadi suatu kemestian untuk kami berdua menjejakkan kaki ke Tanah Tinggi Cameron setiap tahun. Pertama kali datang untuk berbulan madu hampir setahun lebih dahulu (2010), hati kami tetap sahaja mahu ke sini, mungkin mood berbulan madu masih menebal.
Kali kedua ke sini, bercuti bersama keluarga beberapa hari selepas Hari Raya Aidilfitri tahun lepas (2011). Kenangan membawa mak berjalan selepas pembedahan, dalam MyVi suami, penuh dengan barang, empat orang dan kerusi roda mak.
Yang terbaharu, kami singgah semalam di Cameron selepas menghadiri majlis perkahwinan kawan pejabat aku di Chemor, Perak. Jika sebelum ini kami melalui Tapah, kali ini kami melalui jalan Simpang Pulai pula. Alhamdulillah, perjalanan kami lancar. Kali ini kami ke sana bersama-sama rakan pejabat aku.
Bila belek-belek balik gambar, ada satu persamaan antara ketiga-tiga gambar di atas.....kami masih berdua. Tapi, insyaAllah kasih sayang antara kami berdua makin kuat. Semoga dengan izin-Nya, aku akan terus jadi pelengkap tulang rusuk suami dan dia menjadi awan yang sentiasa melindungiku selagi hayat kami sebagai suami isteri.
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)