02 May 2012

Bibik Baru Yang Ke-6

Jumaat malam lepas kakak aku sms, bagitahu bibik baru untuk mak dah dapat dan akan hantar ke rumah mak malam tu juga. Aku dan suami dah berpandangan antara satu sama lain. Hai, dah kena ngadap balik karenah bibik baru pula. Apa-apa pun aku bersyukur juga sebab dalam masa yang sama, aku dah boleh tarik nafas lega sebab dah ada orang boleh jaga mak masa aku nak naik ke Perak pada Sabtu ni. Kebetulan kawan satu opis punya majlis kawin hari Sabtu, aku dan budak-budak unit aku cadang nak terus tidur semalam di Cameron Highland sebelum gerak balik ke Melaka petang Ahad tu. Percutian yang dirancang saja-saja dengan budak-budak opis.

Masa bibik sampai, nampak orangnya agak berumur juga. Berasal dari daerah Malang, Jawa dan namanya Rumini. Bila tanya umur, dia beritahu umur lewat 40-an. Sudah pernah bekerja di Arab selama 2 tahun. Baru sampai di Malaysia dekat 3 minggu dan sebelum bekerja di rumah kami, dia ada kerja seminggu lebih di rumah orang lain; jaga budak tapi macam tak serasi, majikan serahkan balik kepada agen. So, bila agen beritahu di rumah aku akan jaga orang tua, dia setuju je la.

Setakat hari ni, ok la juga kerja bibik baru ni. Walaupun pergerakan tak sepantas mana, tapi kerja dia boleh tahan la juga. Kakak aku suruh bagi masa seminggu untuk dia bekerja, cara dia berkomunikasi dengan mak dan cara dia respons dengan arahan yang diberikan. Yang seronoknya mak aku la, dah ada kawan nak berbual masa kami adik beradik pergi kerja.

Untuk rekod, ini adalah bibik ke-6 mak dalam tempoh setahun. Macam-macam ragam dan karenah bibik yang kami adik beradik dah rasai. Dari bibik yang bernama Salmiah, Febry, Seri, Yuni, Mesra dan kali ni Rumini. Masing-masing ada cerita; 

1) Salmiah - bibik malas kerja dengan alasan kena kejutan elektrik, 
2) Febry - bibik lari tak leh kena tegur, 
3) Seri - bibik kaki ngadu, 
4) Yuni - bibik paling psycho dan 
5) Mesra - bibik kurang 24jam dah nak berhenti kerja.

Alahai......

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)