Pagi tadi sebaik je selesai mesyuarat dengan pihak pengurusan, dah pakat-pakat dengan akak opis untuk ke pejabat KWSP di MITC, Ayer Keroh untuk hantar borang pengeluaran pekerja berpencen. Masa beratur di kaunter untuk sahkan dokumen sokongan dan mengambil angka giliran, staf KWSP tu tanya sama ada caruman KWSP masih ditolak dalam slip gaji macam biasa. Kami mengiyakan je. Staf tu beritahu sebaiknya tunggu dulu caruman tu diberhentikan dahulu baru boleh teruskan dengan permohonan pengeluaran. Kalau tidak nanti kena buat prosedur ini dua kali untuk pengeluaran baki caruman yang lain. Kami dok saling berpandangan.
Last-last aku cakap dengan kakak opis tu, dah alang-alang kita dah sampai sini dan dokumen pun dah lengkap kat tangan, kita hantar jer la dulu. Bab baki duit caruman tu pun macam yang diterangkan oleh staf KWSP, masih boleh dikeluarkan dalam tempoh dua tahun dengan mengikut prosedur yang sama. Kalau tak tuntut juga dalam tempoh itu, duit beserta dividen yang tertunggak boleh dituntut selepas umur mencecah 55 tahun. Pegawai KWSP tu ada maklumkan yang proses permohonan akan memakan masa 21 hari bekerja, tapi kalau ikutkan pengalaman member-member opis, dalam seminggu lebih dah boleh semak akaun bank dah kalau semua borang dan dokumen sokongan lengkap, wallahualam!
Harap-harap dipermudahkan proses dan dapat dalam masa terdekat, insyaAllah.
Harap-harap dipermudahkan proses dan dapat dalam masa terdekat, insyaAllah.
Time ida dulu, ida tunggu selepas habis potongan dlm slip gaji, baru pergi hantar borang.. heee~~
ReplyDeleteeida;
ReplyDeleteTu la, perasaan teruja dah mengatasi semuanya, dah tu malas la pulak nak balik sia-sia macam tu. Masing-masing dok fikir bilalah leh dapat duit tu cepat-cepat.
Lagipun tak ada masalah besar pun kalau keluarkan awal. cuma, nanti kena isi semua borang, ambil sign bos dan kena gi submit semula ke kwsp untuk dapatkan baki caruman tu....small matter kan?
Heee....ini tandanya yani tak sabar nak rasa duit tu...ngengenge!
salam sis..brape lame ye tempoh duit tu nak masuk?huhu
ReplyDeleteWslm...kalau dokumen lengkap dan pihak KWSP uruskan dalam tempoh piagam pelanggannya, dalam 3 minggu dah dapat duit dah.
Delete