Bulan ni mula balik makan ubat dusphaston selama 21 hari, jadi jangkaan datang period pada 16 Mac 2012. Jadi, malam 16 Mac tu dah mula keluar tanda-tanda nak turun period, dan pagi 17 Mac tu secara rasmi period turun. Masa rawatan susulan di GH Melaka tempohari, doktor pakar tu ada berikan helaian catatan kadar period yang keluar untuk rujukan rawatan susulan akan datang. Dah jadi satu kerja pula nak kena rekod bilangan tuala wanita yang digunakan sepanjang tempoh period...
Mungkin disebabkan hampir 4 bulan period tak keluar secara semulajadi (dan perlukan bantuan ubat), period kali ni agak heavy flow juga la. Hari pertama dan kedua masih boleh bertahan lagi, masuk hari ketiga dan keempat (hari ni), hampir pitam masa di dalam toilet sebab pening akibat period turun macam orang tumpah darah. Setiap hampir sejam nak kena bertukar tuala wanita. Dugaan betul...badan pun rasa macam nak demam sebab asyik sekejap basah, sekejap kering.
baru terjumpa entry ni:-)
ReplyDeletesaya dah masuk 3 bln xdatang cik p..adeii, doc xkasi makan ubat turun darah lagi selagi xjumpa dia(next visit is september 2012). hurm, agaknya posa bulan ni penuh:)
apepon, semoga usaha anda berjaya yer:)
try lexee
ReplyDelete