Seawal 6.45 pagi Sabtu dah sampai di pejabat, sebab ada program Jelajah Keamanan & Waqaf Water4Gaza di Dewan Seri Negeri. Alhamdulillah, tercapai juga hasrat hati nak bersalaman dengan Tun Mahathir selepas acara program selesai. Alhamdulillah juga, tugas-tugas multimedia berjalan dengan lancar dan tidak ada masalah besar yang timbul.
Habis je acara di Dewan Seri Negeri, kena pergi ke rumah CM untuk pemasangan peralatan ICT bagi majlis pertunangan anak perempuan tunggal CM. Acara bermula selepas maghrib tapi persiapan dah dimulakan seawal jam tiga petang. Syukur, majlis kali ni pun tak banyak masalah yang timbul, budak-budak unit aku pun sporting kerja sampai lewat malam. Badan memang betul-betul letih tapi seronok bekerja dengan diorunk.
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)