21 February 2012

Bulan Madu Ke-3


Herm, alhamdulillah! So far tiket flight dah ditempah dan rumah peranginan persekutuan pun dah diluluskan permohonan tempohari. Disebabkan inilah pertama kali aku buat tempahan tiket kapal terbang, agak kelam kabut juga sampai minta kakak aku ajarkan cara nak tempah. Nasib baik dapat beli tiket semasa promo AirAsia baru bermula haritu. Urusan permohonan rumah peranginan persekutuan pun agak mudah dan cepat, tak sampai 2 jam aku mohon melalui faks, aku dah dapat jawapan kelulusan permohonan tu. Kos penginapan di Federal Villa Langkawi tu sangat-sangat berbaloi untuk kami yang sememangnya merancang bulan madu berkonsep bajet murah kali ni. Best! Kakak aku pun siap beri nombor telefon orang yang uruskan kereta sewa di Langkawi untuk kemudahan transport kami nanti di sana.

InsyaAllah, bulan April ni harap dipermudahkan urusan kami suami isteri nak berbulan madu kali ke-3 (hari tu salah kira, hehe, aku ingat yang ke-2, suami lak betulkan balik, yang ke-3 sebab ambil kira bercuti berdua di The Legend, Port Dickson dan Cameron Highlands dulu...huhuh).

Yang bercuti lain-lain tu tak boleh la dikira sebagai honeymoon sebab bawa famili sendiri dan famili mertua ;P. Tu nama dia jalan-jalan enjoy-enjoy entertain famili!

5 comments:

  1. Eh? EH? Senang ye nak book umah Langkawi tu?? Ida salu apply, mesti dapat faks tak berjaya!! hahhaha~~ Ade tips yang boleh dishare ke, cmne dapat ni?? hehehhe

    ReplyDelete
  2. eida,

    eh, senang sangat ke? Tak juga kot! hari tu yani gatal2 terus call ke federal villa tu sebab nak tanya kekosongan bilik pd tarikh yang yani nak g bercuti tu tapi staf sana minta call direct ke BPH. Lepas call Puan Rozani BPH tu, dia minta isi borang dan faks balik pada BPH. Lepas faks tu, dalam dua jam macam tu, dia hantar emel dan faks, kata permohonan diluluskan dan kena contact urusetia Federal Villa (cik syikin) lepas buat bayaran.

    Mungkin tarikh yang yani minta tu, bukan cuti sekolah dan tak ramai yang mohon kot? cubalah tanya, mana tahu ade rezeki kali ni?

    Yani gigih nak bercuti ni pun sebab terpengaruh tengok eida gi bercuti kat bukit fraser aritu...macam best giler!Nanti pun rasa nak try apply rumah penginapan bukti fraser tu juga..hehe

    ReplyDelete
  3. OOoo.. yeke? ce bagi ida no contact BPH tu... hehehhehehe

    Bukit Fraser tu lg senang, sebab tak de orang pun nak duk situ... hhihihihi

    ReplyDelete
  4. eida;

    cuba contact: 03-88800067 (Puan Rozani BPH), nanti kalau dah diluluskan permohonan, kena contact 03-21622922 (Cik Syikin Federal Holiday Villa).

    Yani dah survey kekosongan bilik di Bukit Fraser....penuh tau tempahan bilik sampai hujung tahun ni! sedihnyer...macam tak dapat je gi sana tahun ni.

    ReplyDelete
  5. TQ Yani!!!~

    HOh? Penuh? tak pe takpe.. tahun depan ada.. hehehhee

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)