26 December 2011

Semanis Kurma: Bahagiakah Tanpa Zuriat

Masa blog hopping di blog TTC, aku ternampak tajuk post yang sepantas kilat menggamit perhatian aku iaitu "Bahagiakah Tanpa Zuriat". Terus aku google tajuk rancangan Semanis Kurma TV9 dengan tujuan nak menonton video rakamannya. Rupa-rupanya sudah banyak blog yang mengulas intipati program tersebut mengikut pemahaman masing-masing.


Serba sedikit info yang berguna yang diperolehi;

1: Jangan dengar perkara-perkara negatif
2: Saling sokong-menyokong ---> suami dan isteri saling sayang-menyayangi
3: Amalkan petua --> Rajin minum air suam + madu lebah asli
                             --> Bersedekah setiap hari Jumaat
                             --> Baca surah Al-Waqiah selepas solat Subuh
                             --> Baca surah Al-Mulk selepas solat Maghrib
                             --> Banyakkan sedekah pada bayi baru lahir

Dan ada juga nasihat Baginda Rasulullah SAW pada sahabat yang bertanya mengenai zuriat yang belum dikurniakan walaupun telah lama bernikah iaitu beristighfar dan bersedekah; kerana kedua-dua amalan ini insyaAllah akan beroleh jalan keluar dan diberikan rezeki dari yang tak disangka-sangka dengan izin Allah SWT.

Blog Kak Aleasara ada memaparkan info lengkap program tersebut sebagai rujukan,

Bahagiakah Tanpa Zuriat - Bahagian 1
Bahagiakah Tanpa Zuriat - Bahagian 2

Harap dapat beri panduan kepada diri ni dan kawan-kawan yang lain dalam usaha bergelar ibu.

4 comments:

  1. saya pn sama,masih belum hamil sejak keguguran 7 bulan lps.saya sendiri pn dah kawen setahun lebih..sabar yea,doa lh yg terbaik.allah itu maha mengetahui apa yg terbaik utk kita.

    ReplyDelete
  2. Cheq Sue,

    Sekurang-kurangnya Cheq Sue dah merasai pengalaman mengandungkan jasad kecil dalam rahim sendiri. Saya sangat-sangat mengharapkan dapat merasai pengalaman mengandungkan anak sendiri dalam rahim saya. Sekali pun cukup la (tapi kalau Allah nak beri lebih, alhamdulillah)....

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah trm kasih byk ye sis berikan backlink..td saja check stats tgk ada link dr blog ni...slm jumaat ye ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Jumaat juga kak Aleasara! Huhu...terima kasih juga ye kongsikan intipati Semanis Kurma ni untuk kami!

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)