Hari ahad semalam, suami cuti rehat. Memang ingat nak jalan-jalan dengan dia, tapi kesihatan mak pula tak berapa baik. Lemah badan dan tak bermaya sangat. Kesian pula nak tinggalkan kat rumah, sedangkan kami keluar berjalan. Nak pujuk suami punya pasal dan kebetulan memang ada beli telur itik di pasar tempohari, tengahari tu masuk dapur dan masakkan lauk telur itik masak lemak cili api untuk dia.
Kemain ceria muka dia bila bagitahu dah siap masak lauk kegemaran dia. Mak pun nampak berselera makan lauk tu. Suami berselera malah bertambah nasi, pastu siap cakap "Sedap sayang masak" Huhu...seronoknye!
Lepas makan, suami sambung main game dalam komputer, sambil aku teruskan aktiviti melipat baju dan menggosok baju kerja suami. Bila leka main game tu, isteri panggil pun lambat dapat respons....amboi!Kesian dia bosan tak dapat jalan-jalan sehari suntuk.
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)