08 March 2011

Telur Itik Masak Lemak Cili Padi - Kegemaran Suami

Haritu masa suami nak balik Melaka bercuti panjang, rasa seronok nak masak lauk kegemaran suami iaitu lauk telur itik masak lemak cili padi. Ahad sebelum tu dah awal-awal beli sepuluh biji telur itik. Lepas bersihkan diri, terus ke dapur dan memasak.

Perencah lauk - sebiji bawang besar dan 10 biji cili padi (dimesin bersama)
Telur itik dalam 6 biji
Belimbing semangkuk kecil dan santan kotak (1)
Tumis bawang dengan sedikit serbuk kunyit
Masukkan santan pekat dan 1-2 bekas air
Kacau rata
Bila dah agak mendidih, pecahkan telur itik satu persatu....jangan kacau sangat, nanti hancur plak telur tu...
Akhir sekali, baru masukkan belimbing yang telah dikemas (dibuang bahagian atas dan bawahnya)....siap! Tak sempat snap gambar lauk yang telah dihidang. Alasan? Sibuk manja-manja dengan suami...hehehehe...

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)