Hari ni aku betul2 stres.
Dalam hati Tuhan jer yang tahu.
Dalam memberontak, aku tetap buat kerja seperti yang diarahkan.
Sebab aku tahu, kalau aku tak siapkan kerja, serupa juga aku kena buat esok lusa.
Jadi, baik buat ....tapi aku buat perlahan-lahan la...sambil layan jiwa sedang kacau.
Mujur sebelah petang aku dapat berita menarik.
Yang bisa buat hari aku kembali bersinar.
2nd big boss kepada big boss aku memuji sesuatu di dalam mesyuarat.
Ye, memang ada kaitan dengan aku (dan unit aku, semestinya).
Mendapat pujian dari seseorang yang selalu kerjanya mengomen itu tak betul, ini tak betul....sangat2lah mengejutkan.
Gembira bercampur bangga terpalit di hati kecil aku.
Bila kerja yang kita lakukan diberi pujian dan dibandingkan dengan sesuatu yang lain, bermaksud orang sudah menilai hasil kerja kita dari semua aspek.
Sebab itulah dia berani puji depan bos aku dalam mesyuarat.
Mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi, siapa tahu?
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)