Ibu pengsan selepas rayu Dilla pulang
TAPAH 6 Julai - Seorang ibu yang terlalu tertekan dan rindukan anak tunggalnya yang hilang sejak enam hari lalu, pengsan di hadapan sekumpulan wartawan di rumahnya di Taman Bunga Raya di sini hari ini.
Sebelum itu, Latifah Mohd. Sabri, 48, merayu-rayu sambil menangis meminta anaknya, Nur Fazilah Mohd. Yusof, 16, atau Dilla agar pulang segera ke rumah kerana terlalu bimbang dengan keselamatan anaknya itu.
''Dilla baliklah, mak rindu. Kalau sayangkan mak baliklah nak. Mak tak marah, hari-hari mak tengok baju dan gambar Dilla.
''Dilla sayang mak kan, kalau mak salah mak minta ampun tapi kalau jadi sesuatu jangan menyesal," rayu Latifah.
Selepas itu, dia terus tidak sedarkan diri dan kumpulan wartawan yang sedang menemubualnya terpaku seketika dengan keadaan itu.
Malah kejadian berkenaan menyebabkan suaminya, Mohd. Yusof Mohd. Ibrahim, 50, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Ayer Kuning, Datuk Samsudin Abu Hassan yang melawat keluarga mangsa menjadi panik seketika.
Bagaimanapun, Latifah sedar semula tidak lama kemudian setelah mukanya disapu dengan air oleh beberapa orang ahli keluarganya.
Sementara itu, Mohd. Yusof berkata, isterinya memang kerap pengsan sejak Dilla menghilangkan diri kerana terlalu tertekan.
Katanya, sehingga kini Dilla masih gagal dihubungi walaupun berita mengenai kehilangannya itu sudah disiarkan Mingguan Malaysia kelmarin.
Menurutnya, Dilla dipercayai keluar meninggalkan rumah kerana merajuk setelah dimarahi ibunya pada kira-kira pukul 7.30 pagi, Rabu lalu.
''Puncanya hanya kecil, Dilla tidak mahu ke sekolah kerana mengadu sakit perut dan isteri saya memarahinya menyebabkan hati Dilla terguris.
''Bagaimanapun, itu hanyalah marah sayang emak terhadap Dilla. Tidak ada niat lain kecuali untuk kebaikan Dilla juga," katanya yang berasa cukup terseksa dan menderita sejak kehilangan Dilla, pelajar tingkatan empat, Sekolah Menengah Kebangsaan Buyong Adil di sini.
Dilla hilang setelah menghadiri kelas tambahan dan latihan hoki di sekolah dan tidak pulang terus ke rumah selepas itu.
Dia dipercayai mengikut seorang lelaki yang dikenali sebagai Hadi malah rakan-rakannya memberitahu Dilla dilihat bersama lelaki itu menaiki bas ke Cameron Highlands.
Dalam pada itu, Samsudin berkata, pihaknya berharap orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai Dilla segera menghubungi Pusat Khidmat DUN Ayer Kuning di talian 05-4018002.
Jelas beliau, kes seperti itu telah berlaku dua kali sebelum ini dan kedua-dua mangsa yang hilang ditemui dalam keadaan tragis iaitu mati dibunuh oleh lelaki yang melarikan anak gadis terbabit.
Aku dengar berita ni masa tengah makan malam kat Pantai Puteri dengan famili kakak aku dan mak malam tadi. Memang geleng kepala bila dengar berita macam ni, apa lah akal budak ni?
Sedangkan perbuatan yang menyebabkan mak kita menangis sedih pun dah membolehkan kita dilaknat Allah, inikan pula sampai buat mak pengsan kesedihan dan merana dengan tindakan kita.
Perkara pertama yang terlintas dalam fikiran aku bila Buletin Utama siarkan berita ni ialah..."Memang dah lunyai budak ni rasenye"
Sorry to say, tapi kalau ko dah serah nasib hidup mati ko pada budak lelaki yang tak tentu arah...sendiri fikirlah. Antara ko dikerjakan oleh pakwe ko atau dikerjakan beramai-ramai oleh kawan2 lelaki pakwe ko tu. Dah tu siap merajuk sampai lari ke Cameron Highlands! Perghh.....akal pendek betul budak perempuan ni.
Apa-apa pun aku doakan yang terbaik untuk budak perempuan ni. Kalau sampai mak ko dah doakan ko ''Dilla sayang mak kan, kalau mak salah mak minta ampun tapi kalau jadi sesuatu jangan menyesal,"...memang nyawa ko tak selamat la kat luar sana. Orang tua punya doa berkat dik. Seminit pun Allah tak lepaskan ko dari bala atas muka bumi ni. Peringatan untuk diri aku juga.
Baru tingkatan 4 ko dah memberontak lari2 dari rumah, belum lagi diberi peluang kerja jauh dari famili, entah apa la lagi ko nak buat erk?
aku pun selalu lari dari rumah...sejak form 1 kena campak ke asrama..sampai skarang merantau...kadang2 jer balik rumah..huhhuhu
ReplyDeleteko kes lain naim oii.....
ReplyDeletetu bukan didefiniskan 'lari rumah', tu dinamakan kuar menuntut ilmu hingga ke menara gading...apa da...heheheheh
budak macam nie memang x sedar diuntung.. die ingat cinta dia tue membawa ke syurga ke... x kemane dik oii.. xde restu xde berkat.. klu aku dpat bdk tue ngan pakwe die skali aku lipat..semoga ibu die dapat bersabar dan dibukakan hati anak die pulang ke rumah.. - membebel sambil menahan amarah yang amat sgt..
ReplyDelete