gambar dan artikel ikhsan : Akhbar Kosmo 16 Julai 2009
Bank Negara Malaysia (BNM) mulai semalam mengeluarkan wang kertas RM50 reka bentuk baru yang menggabungkan pelbagai ciri keselamatan moden dan inovatif dengan tujuan utama untuk menghalang cubaan pemalsuan. BNM setakat ini belum menetapkan tempoh wang kertas RM50 sedia ada dihentikan pengeluarannya, namun ia tetap sah diperlakukan bersama-sama dengan wang kertas baru ini.
Aku tak paham betul la naper sibuk2 nak tukar2 rekabentuk wang kertas RM50 ni?
Mana satu yang lebih penting? Rekabentuk atau ciri-ciri dan kegunaan duit itu sendiri?
Pada aku, tak kisah la ko nak design secanggih mana pun duit tu, duit tetap duit, tapi kalau hanya membawa masalah kepada masyarakat semasa berurusniaga, tak guna juga.
Aku rasa dah banyak komen tak puashati dari orang ramai tentang ciri-ciri duit RM50 yang menyusahkan ketika diguna. Kalau korunk perasan, kat bank2 terutamanya di mesin deposit tunai, kita selalu melihat kertas makluman yang bertulis "Buat masa ini, mesin hanya boleh menerima wang kertas RM50 lama, harap maklum".
Aku pernah berdepan dengan situasi di mana mesin deposit tunai tendang balik duit RM50 baru. Bukan aku yang kena, tapi apek depan aku yang kena. Dah la apek tu bawak duit ribu-ribu dalam bentuk RM50 (kalau kena rompak ni, sia-sia jer) agaknya nak bayar duit pekerja dia, dia masukkan 20 keping duit RM50 sekali transaksi, sekali bank tendang balik 17-18 keping. Yang diterima hanya 2-3 keping je...tak ke hangin dibuatnya. Dah tu nak kena buat transaksi 10-11 kali baru lengkap, 1 transaksi makan 5-10 minit.....10-11 transaksi??
Pergh....aku nak maki pun ade bile beratur belakang apek ni, tapi dlm hati kesian gak..terkial2 dia nak masukkan balik duit yang kena tendang tu. Last2 apek tu give up, dia terpaksa masukkan gaji pekerja dia kat kaunter je. Tak ke sengal?
Dah ada kemudahan mesin deposit tunai canggih2 kat bank, mesin lak buat hal tak nak terima RM50! Kan dah menyusahkan hidup orang.
P/S: Dah settle ke masalah mesin deposit tunai ni ek? Dah leh terima RM50 baru??
haha... stuju2.
ReplyDeletedahla design cam duit saidina je aku tengok.
p/s: don't mind me. just blog-hoppin, looking for blogs yg comment on the new RM50 design. :)
peace.
crazee_tangerine;
ReplyDeletewell, u r most welcome to my blog, sis... ;)