16 July 2009

Bayar Balik Pinjaman PTPTN

Bayaran Debit / Debit Payment Maybank
  • PTPTN memperkenalkan kaedah terbaru untuk pembayaran balik pembiayaan pinjaman dengan menggunakan Debit Payment Maybank (DPE) iaitu salah satu kaedah melalui Internet Perbankan. Pengguna yang ingin menggunakan kaedah ini perlu mempunyai;
  1. Akaun simpanan atau semasa Maybank,
  2. Mendaftar untuk perkhidmatan perbankan internet Maybank2U
  • Pengguna hanya perlu klik pada ikon DPE (di sebelah kiri) untuk melakukan pembayaran balik pembiayaan PTPTN dalam Portal PTPTN dan seterusnya melaksanakan langkah-langkah berikut:

  1. Login ke Maybank2U;
  2. Masukkan Nombor MyKad;
  3. Masukkan Nombor surat tawaran PTPTN;
  4. Jumlah bayaran; dan
  5. Masukkan TAC (jika pengguna tidak mendaftar Bayaran Balik Pembiayaan PTPTN sebagai favourite payee).
  • Tempoh kemaskini bayaran balik melalui DPE ke dalam penyata pinjaman pelajar (e-fes) adalah selama 3 hari bekerja. Caj RM 1.00 akan dikenakan untuk menggunakan perkhidmatan ini.
Pesanan penaja dicopek dari Pakcik PTPTN. heheheh

Untuk kaedah pembayaran melalui bank-bank lain menggunakan Internet Perbankan, sila rujuk Pakcik PTPTN ye.

P/S: Bayar wei..jangan tak bayar.....dah pandai pinjam, tak reti-reti bayar balik ke?

3 comments:

  1. mahal nyer charge dia, guna fpx baru RM0.50 aja, dah ler charge perkhidmatan dia mahal nak mampus, saya bayor setiap bulan RM50 tapi charge perkhidmatan sebulan RM47.00, mcm nie bila nak hbs bayor . ..

    ReplyDelete
  2. born of truth;

    dah tau charge dia mahal, awat bayar rm50 jer? kata pegawai....bayar la kasar skit.

    Takkan kerani bayar balik ptptn rm150 boleh, pegawai bayar rm150 x boleh? kire logik la...lagipun en born of truth kan pegawai....takkan la setakat rm50 je sebulan? ke setahun? huhuuh.....kawi pun x lagi kan? so...duit masih boleh bayar hutang piutang kan?

    ReplyDelete
  3. nasib baik xpayah bayor..huhuhu

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)