Aku tahu, posting ini mungkin sedikit terlewat selepas pemergian buat selamanya tokoh seni yang aku amat hargai. Tatkala aku mendengar lagu yang mendayu-dayu dan sangat puitis di tv1 dan tv2, hati aku tertanya-tanya sama ada lagu ini lagu yang baru dicipta khusus untuk penderitaan rakyat Palestin atau lagu lama yang dimainkan semula?
Rupe2nya lagu itu milik Zubir Ali dan dah lama berkumandang dicorong-corong radio, cuma aku sahaja yang terlepas pandang kewujudan lagu ini. Seminggu dua ni aku sibuk meng"google" lagu ni di internet, tiba-tiba aku dikejutkan dengan berita pemergian beliau di dada-dada akhbar. Beliau dikhabarkan meninggal pada usia 60 tahun akibat komplikasi jantung selepas menjalani pembedahan jantung.
Saat aku mengetahui tajuk lagu itu adalah Balada Seorang Gadis Kecil, saat itu jua aku diberitakan akan pemergian penulis dan penyanyi lagu itu...hhm..lagu itu amat menyentuh hati apabila didengar, aku ingat lagi..kali pertama aku dengar lagu ini dalam klip video yang ditayangkan di tv, aku menangis teresak2.
Aku selalu terikut2 lirik lagu ini walaupun tak berapa tahu lirik penuhnya...disebabkan tuntutan kerja yang makin banyak kebelakangan ini, hanya sehari dua ini aku dapat mencari lirik penuh lagu Balada Seorang Gadis Kecil di internet.
Balada Seorang Gadis Kecil
Gadis kecil itu telah bertahun
Dicengkam derita
Di khemah pelarian
Yang menjanjikan duka cita
Munir tak mengenal erti cinta
Telah kering airmata
Menangisi kematian
Ayahbonda dan saudara
Pada suatu senja
Langit Syatila
Menyaksikan pembunuhan
Anak kecil dan wanita
Munir ditembak
Penuh luka
Tapi ajalnya belum tiba
Kerna Tuhan mengasihi dia
Peristiwa hitam 17 September
Telah menjadi bukti
Sempurnalah kekejaman
Suatu bangsa yang sombong dan hina
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)