23 February 2009

Perkara Benar Selalu Menyakitkan

Jumaat lepas aku dengar ceramah agama mingguan yang biasa dibuat di JKMM ni, tajuk dia "Jihad Penuhi Tanggungjawab Kepada Allah" yang disampaikan oleh Kapten Muhamad Azizan Bin Mohamed dari Kem Sungai Udang.

Pendedahan Kapten tu terhadap tingkahlaku tentera di bawah pengurusannya amat-amat menakutkan. Tujuan aku tulis di sini bukan untuk memburukkan nama tentera darat @ ATM @ sesiapa yang terlibat secara langsung dengan anggota berpakaian seragam negara, cuma nak berkongsi apa yang aku dengar dan fahami dari ceramah Kapten tu.

1) Semasa temuduga permohonan bernikah, 7 dari 10 tentera darat mengaku dah pernah terlanjur. Hanya 3 orang sahaja yang benar2 tulen.

2) Hampir 80-90% dari kumpulan tentera bawahnya yang mengaku tidak solat subuh dengan alasan tak sempat atau malas.

3) Lebih sanggup didenda memikul log (kayu balak) sambil berkawad daripada menghafal surah-surah semasa ditemuduga.

4) Boleh berlari sejauh 3.2 km di bawah 16 minit, tapi tak sanggup bertahan 5 minit untuk solat subuh 2 rakaat.

5) Wujud budaya "tebuk-menebuk" di kalangan tentera darat, di mana sasaran mereka bukanlah bohsia, gadis rempit atau budak perempuan yang dah rosak akhlak, tapi gadis-gadis remaja dari keluarga baik-baik, bertudung labuh malah berjubah. Mereka tidak akan simpan gadis-gadis macam ni untuk dikahwini, tapi untuk dibuang lepas dapat tebuk.

6) Budaya "tebuk-menebuk" ini kebanyakkannya dilakukan oleh tentera yang sudah berkeluarga. Apabila disoal, mereka menyatakan sudah terbiasa melakukan perbuatan terkutuk ini semenjak sebelum berkahwin, dan tidak mampu membendung aktiviti itu walaupun setelah berkahwin dan mempunyai anak.

Fikirkanlah....Kapten itu berkata, dia dah tak mampu nak fikirkan apa lagi yang boleh dilakukan untuk membendungi fenomena memalukan ini dikalangan orang-orangnya sendiri. Dia beritahu, sedangkan jihad pertama iaitu jihad terhadap diri sendiri dengan melawan nafsu dan syahwat, umat Islam kita sendiri dah kecundang....macam mana nak pertahankan Islam? Macam mana nak pertahankan negara dari ditawan orang lain?

Nak solat subuh pun, ramai yang dah awal-awal kecundang.....macam mana kita boleh tergamak mengaku seorang yang beragama Islam di muka bumi ini?

2 comments:

  1. betulkah apa yang saya baca ini... gerun nya...

    tapikan...

    bukan yang berpakaian seragam aje...

    orang lain yang tidak berpakaian seragam juga ada seperti yang diceritakan itu....

    selagi bernama manusia... selagi itu syaitan pasti menggoda...

    ReplyDelete
  2. mmg la kak..ini yang batik_pink dengar masa ceramah....kapten tu sendiri kata, ini yang dia alami sepanjang jadi kapten kat kem tu...dia tanya, sama ada benda ni pun berlaku dlm masyarakat di luar?

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)