23 December 2008

Terakhir Di Sini

Pagi Jumaat. Masing-masing tengah sibuk membetulkan prosedur operasi standard diorunk. Masing-masing kelam kabut nak pastikan tiada kesalahan masa audit nanti. Aku pun tak terkecuali. Risau gak kalau audit kali ini berakhir dengan kegagalan, sebab impak kegagalan ini bukan kami jer yang rasa, ade pihak lain pun bakal meletup sama….huhuhu….siap ugut-ugut lagi!

Melihatkan diorunk sibuk, aku rasa bagus jugak..tak de la fokus sangat pada “hari terakhir” aku kat sini. Aku rasa sayu dah bila masing-masing dok tekankan perkataan “iya la…BaTiK_PiNk kan last hari ni” aaaahhh…boleh tak jangan ulang-ulang sebut perkataan tu…..jiwa kacau tau.

Masa nak punch card pagi tadi, aku perasan orang catering dah sampai untuk susun makanan kat tepi pintu pentadbiran. Aku tak duga lak sampai tempah-tempah makanan bagainyer ni. Ni nak celebrate aku berenti ke apa? Macam suka je aku nak berenti ni? Huhu…..Aku diamkan je la. Bila audit bermula, masing-masing dah mula buat hal sendiri. Aku kena audit untuk prosedur makmal yang aku uruskan dan juga untuk infrastruktur MITC. Sebelum pukul 12, aku dah diaudit untuk prosedur makmal, alhamdulillah, dah selamat. Sementara tunggu audit ke-2, aku pun cubalah cari farewell speech yang dirasakan terbaik untuk diberi pada semua dalam internet. Tanya sana, Tanya sini…herm…

Masa pukul 12 lebih, Kak Siti dah mula suh berkumpul depan bilik pentadbiran. This is it. Masanya dah tiba. Masa sampai kat tempat berkumpul, aku tengok En. AJI , pihak konsultan @ auditor dan staf-staf yang lain dah ada. Aisehmen… memula En. AJI beri ucapan selamat, aku perasan En. Wan Admin tengah cari tempat nak ambik gambar majlis…herm….En. AJI speaking, aku angguk je tapi sepatah haram tak masuk dalam otak aku time tu…nevermind la, sebab aku dah dapat emel khas dari dia sehari sebelum majlis ini, ayat pun lebih kurang dalam emel tu….

Bila En. AJI suh aku bagi ucapan sepatah dua kata, aku macam tetiba blur. Apa aku nak cakap ni? Aku tak sedia sebenarnya nak say something masa tu…Aku ucapkan terima kasih pada semua, sebutlah sorang dua punya nama…tetiba hati aku dah sebak, dah tak bleh sambung ayat. Terdiam….pastu sedar-sedar je airmata dah meleleh. Ni la part paling tak best…..kan aku dah kata, aku ni nampak je ganas, serius, muka x friendly..tapi kalau dah sedih, aku ler paling cepat tangkap syahdu dan meleleh awal-awal. Nyampah betul la…En. AJI suh sapa-sapa gentleman kasi tisu kat aku, sorunk pun x bagi…bengong….kui kui kui….last-last En. AJI sendiri hulur tisu kat aku. Haa….see, kan betul aku cakap….opis aku kurang gentleman peops…kang aku cakap orang lelaki Malaysia tak gentleman langsung, melenting marah….kan dah terbukti? Heheheh….whatever la…Bos berikan hadiah pada aku khas dari semua staff….terima kasih semua….

Pastu En. AJI perasan aku dah tak leh sambung ucapan, dia selamatkan majlis dengan suh staf-staf makan. Huhu..tq boss! Budak-budak opis duk usik-usik aku pasal isu menangis tadi….aku beratur ambik makanan dan air minuman, pastu duduk kat pentas depan bilik pentadbiran dengan Yus, Pavala, dan yang lain-lain. Bleh tahan gak la makanan catering mak dak Wan ni…..tapi banyak sangat maa….ni macam nak jamu majlis kenduri kawin je! Staf takde la ramai sangat….Kui kui kui…Lepas makan, aku buka hadiah tadi sebab Yus mengemol-ngemol suh aku buka depan member….tengok-tengok dapat loket emas bentuk hati…ringkas tapi aku suka! Terus aku pakai kat rantai leher aku…


Hadiah dari staf Bahagian K-Ekonomi dan dari Yus&Pav..tq !


Lepas solat Jumaat, turn aku pulak kena audit untuk Infrastruktur MSC di MITC. Dapat lak auditor yang well soft-spoken, dalam berdebar tetiba aku jadi tenang. Auditor berbangsa Cina ni punya la baik, siap lepas abis audit aku leh duduk berbual tanya pasal tempat kerja baru aku. Siap bagi direction nak ke Putrajaya dari arah selatan. Dia bagi kad nama dia, suh aku telefon kalau ada apa-apa hal nak tanya….herm, TQ Mr Christopher!

Petang tu, masa briefing untuk keputusan audit, alhamdulillah…jabatan aku lulus gak dan akan diberi sijil ISO 9001:2000. Berbaloi juga la selama ni berhempas pulas dok buat SOP dan dokumentasi yang macam nak muntah ngadapnyer.

Masa nak balik kerja, budak-budak opis datang jumpa beri ucapan selamat….apa-apa pun, terima kasih semua. Rasa pelik semacam bila terpaksa hadapi situasi ucap selamat daripada member-member sekepala…aku ingatkan nak jumpa bos untuk minta sain borang cuti aku, tapi melihatkan dia sibuk entertain orang datang opis dia, aku ajak Yus dan Pavala gi makan-makan. Memula ingat nak ajak tengok wayang, tapi pavala risau balik lewat lak, so tukar rancangan, gi makan-makan kat Johnny’s. Masa kemas-kemas barang, Yus ngan Pavala kuarkan lagi satu hadiah, khas dari mereka berdua, aku dah sebak balik….tapi aku tak buka dulu, nak tunggu balik rumah baru buka…

Sampai kat JJ Ayer Keroh, aku suh diorunk masuk dulu, aku gi kuarkan duit kat ATM Maybank. Masuk je Johnny’s, kitaorunk pesan makanan….lawak la, sebenarnya tak reti order, tapi disebabkan kitaorunk jenis selamba redah dan girl yang keje situ sporting…berjaya jugak la order menu. Yus dan Pavala cakap ni kali pertama diorunk makan situ, so mmg ikut jer la apa yg aku order. Hehehe ….bantai je la, asalkan leh terima tekak…




(1): Yus kontrol ayu mkn pakai chopstik (2): Aku ambik kue teow sup apa ntah..lupa lak (3): Jgn tanya aku apa benda alah tu...serius, aku x reti nak eja nama dia..wakaka... (4): Pavala in-charge bahagian ceduk2 isi steambot..kui kui (5): Aku ngan Yus (6): Dessert terakhir..nyum nyum!

Part cuba makan pakai chopstick tu aku gelak gile. Dah la aku ngan Yus tak biasa makan pakai chopstick, bila Pavala ajar cara pegang….kitaorunk berdua sampai cramp jari sebab terlalu kekok pegang benda alah tu….aku dah merah-merah muka tahan gelak. Adui la….tersenyum bile ingat peristiwa tu. Nasib baik tak ade adegan isi steamboat melompat jatuh dari chopstick. Kui kui kui…..

Balik opis semula, aku tengok bos masih dalam opis dengan kawan-kawan dia, tak leh jadi ni….kalau tunggu gak, memang makan masa lama. Jadi, kita orang masuk gak la opis dia interrupt conversation dia sebab nak minta dia sign borang cuti. Nasib baik mood dia baik hari ni, ye la….dah dapat ISO..kui kui…
Masa nak balik, aku salam dan peluk Yus dan Pavala…..gonna miss you girls!....Keluar dari pagar Inkubator K-Ekonomi, aku berpaling semula….Aku akan rindukan kenangan aku di sini sampai bila-bila….

2 comments:

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)