29 December 2008

Kupu-kupu Malam

Malam hari Krismas, Along ajak aku gi tengok wayang waktu malam kat MBO Ayer Keroh dengan anak-anak dia. Kebetulan aku dah makin bosan terperap kat umah dan kepala baru ringan lepas makan ubat selsema, aku setuju jer la. Kak Yong Liyana cakap, diorunk nak pergi tengok citer Brainscan: Aku dan Topi Ajaib. Hah? Citer melayu? Huh….apa-apa jer la…walaupun tanggapan awal aku: filem melayu macam hampeh!

Abg Long aku memandu ikut lebuh SAS Bertam Ulu – Ayer Keroh untuk cepat sampai, tapi mak aii…laju giler dia pecut dengan Perdana V6. Aku dah kecut perut duduk belakang, jangan la bergesel dengan mana-mana kereta. Kak Long aku macam biasalah, mulut dia mengomel2 suh perlahankan kereta…kuar semua fatwa dari mulut dia…kui kui….

Sampai jer kat MBO, famili Along terus menonong masuk hall wayang 2. Rupa-rupanya, along dah awal-awal beli tiket wayang sebelum sampai umah mak petang tadi. Dapat hall 2, luas dan selesa juga la. Aku tak sangka la yang filem budak-budak ni ramai gak famili layan. Wayang start pukul 10.20 malam. Kelakar juga la filem ni, terutamanya watak sharifah shahira, mek siti dan zul yahya. Part paling lawak masa watak suami isteri iaitu mek siti dan zul yahya bertukar secara tak sengaja, lawak weii…..x sempat nak berenti gelak, sambung lak gelak lagi..aduiii….kalau beri rating filem, aku kasi 4/5. Filem ni lebih kurang 1jam 20 minit. Dalam 15minit sebelum 12 tengah malam, filem pun abis. Overall aku rasa tak rugi kalau orang Malaysia pergi tonton filem nih…tak de la spastik sangat lawak dia, quite straight forward punye jalan cerita.

Keluar dari MBO, Abg Long memandu terus ke Melaka River Cruise. Again?? Hehehe…bukan apa, Abg Long aku saje nak jalan-jalan tengok tempat tu sebab anak-anak buah aku tak abis-abis dok sogok bapak ngan mak diorunk ngan cerita masa naik river cruise tu…kebetulan, masin lak mulut aku malam tu! Abah aku ada kat dalam kontena kaunter pembelian tiket, duk tengah berbual dengan staf-staf dia..jadi aku ngan famili Along turun la gi salam. Berbual lebih kurang, pastu kitaorunk jalan-jalan sambil menyelusuri Sg. Melaka. Patah balik kat kawasan parking kerete, pastu terus ke Eye On Malaysia(EOM) kat Muara Sg. Melaka. Masa sampai kat situ, Tanya-tanya pekedai kawasan tu, rupa-rupanya EOM tu tengah buat pusingan terakhir sebelum ditutup. Tengok-tengok jam baru perasan dah dekat pukul 1 pagi. Tapi aku tengok ramai gak orang-orang terutamanya keluarga dok melepak kat tempat menunggu depan EOM tu. Herm, tak per la, tak ada rezeki nak merasa naik EOM pagi-pagi buta ni..hehehhe…lenkali aku nak heret mak atau cik abang naik benda alah tu….kui kui kui

Masa gerak balik, Along aku cakap terasa nak makan asam pedas, kebetulan lak kawasan tu memang terkenal dengan kedai-kedai makan masakan asam pedas. Cari-cari kedai melayu, terjumpa la kedai Asam Pedas Pokok Besar. Masing-masing pesan makanan ikut selera tekak masing-masing. Aku pesan kerang bakar sebab nak mengelakkan makan nasi. Bleh tahan gak la makanan kat kedai ni. Dah selesai makan, kitaorunk pun bertolaklah balik…
G1: Tgk wayang kul 10.30mlm G2: Bleh la layan filem nih...aku kasi rating 3.5/5.0 G3: Bestnyer dpt jadi penumpang instead of driver mcm selalu..kui kui kui G4: Gmbr ayahanda terpaksa diblurkan...kui kui kui G5: Along, Kak Yong Liyana dan Suraya berlatarbelakangkan EOM G6: Asam Pedas Pokok Besar kat Jalan Laksamana..pergh! G7: Kerang bakar...my fave..ngengenge!

1 comment:

  1. ler..xder pun cerita pasal "kupu-kupu malam"..tapi anyway..menarik jugak..hehehe

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)