24 December 2008

Isnin Yang Mengelirukan

Hari Isnin. Hari pertama dalam minggu pertama aku tak bekerja. Masa bangun tidur, terasa gak macam kelam kabut nak bangun pergi kerja, pastu aku duduk atas katil, baru aku sedar….aku dah tak bekerja lagi. Herm…rasa janggal sangat.

Kebetulan Along aku ada hantar anak-anak dia balik bercuti kat umah mak aku minggu ni sampai hari Khamis, jadi ramai gak la kat umah aku skang ni. Pepagi mak aku dah bising kat dapur arahkan cucu-cucu dia jangan bising masa sarapan. Lepas layan diorunk makan, aku on YM. Chat kejap ngan Yus dan Pavala. Sebenarnya hari ini aku ada misi aku sendiri. Aku rancang nak singgah opis jap, tumpang photostat surat letak jawatan yang dah disokong oleh En. AJI lepas tu ke Unit PSM, nak serah salinan surat tu pada Kak Ita. Masa aku sampai kat opis, tak de orang sangat kat bilik pentadbiran, iera kata diorunk sibuk siapkan prop untuk DMDI. Owh….patutlah macam lenggang je kat opis tu.

Pastu aku terus ke PSM tingkat 3 Seri Negeri, jumpa Kak Ita dan Puan Norahne tanya serba sedikit pasal kekosongan PTM bawah SPA dalam kerajaan negeri…herm….

Balik dari PSM, aku singgah balik ke opis. Guna kafe siber percuma opis aku, tapi mood aku terus ilang sebab aku tengok pc kat situ takde Ms Word…adoi laa….potong stim betul la! Aku ym Pavala, tanya ada kat bilik tak? Pav kata ada dan ajak aku masuk. Kui kui kui…aku guna jap pc aku, tengah-tengah buat keje, Yus ym ajak aku gi JJ Ayer Keroh sebab nak shopping…amboi, mentang-mentang la bonus dah masuk, nampak JJ jer ko eek Yus? Kitaorunk pergi bertiga naik kete aku, sebab Yus takut naw roadblock kat area Ayer Keroh..kui kui kui….kata kete gangster pakai ekzos besar?….Roadblock pun takut?? Hehehehe…

Sampai JJ, Yus ngan Pavala dah naik syeikh…tujuan asal nak ke JJ sebab nak gi beli pad, tapi bile nampak bahagian baju ade jualan murah hujung tahun, masing-masing dah hilang ingatan…..menonong je ke bahagian baju korporat, try baju kot korporat satu sut…huh….last-last dak Yus beli gak kot ngan seluar korporat rege hampir rm200…perghh….betulnyer angan-angan nak jadi PTD kontrak budak ni…kui kui kui…sedangkan borang mohon PTD boss lum approve lagi…hehehhe

Cuba jer,beli nyer tak jugak..kui kui...sesuai x?

Atau yang ini? erk...

Leka punya pasal, sedar-sedar dah pukul 2 lebih, aku gesa diorunk cepat-cepat balik sebab aku dah janji dengan anak-anak buah aku nak pergi Bandar Hilir petang ni. Sampai rumah, mandi, solat pastu makan sikit, aku bertolak ke Melaka dengan mak dan anak-anak buah aku enam orang tu. Bingit dalam kereta dengan suara masing-masing.

Sampai kat Bandar Hilir dah hampir pukul enam lebih, kitaorunk terus beli tiket Menara Taming Sari. Anak buah aku kemain suka naik menara tu, tapi sorang-sorang muka gayat bila menara tu sampai kat paras paling atas sekali.

Bini CEO dengan cucu-cucunya
Masing-masing muka dah cuak...kui kui

Snap sendiri

Rombongan bini CEO dengan cucu2nya di Menara Taming Sari..kui kui

Lepas bergambar kat depan bangunan Menara Taming Sari, kitaorunk pergi solat maghrib kat surau sebelah Pejabat Polis Melaka Tengah. Kemudian bertolak ke Melaka River Cruise di Taman Rempah Ratus. Tiba di Melaka River Cruise, jam menunjukkan dah pukul 7.40 malam. Bergambar dengan anak-anak buah, pastu mula beratur bila tengok makin ramai yang dah beratur tepi jeti tu. Anak-anak buah aku nampak seronok dapat naik bot, dapat tengok pemandangan menarik waktu malam sepanjang Sungai Melaka. Pada aku biasa je, sebab masuk ni dah 3 kali aku naik Melaka River Cruise ni…takde la excited sangat..hehehe


Bergambar depan pintu gerbang MRC


Muka keletihan...


Masa turun dari bot dan naik jeti, tetiba anak buah aku panggil nama atuk diorunk. Aku terjengah-jengah gak sebab kat jeti tu ramai orang tengah beratur nak naik bot lepas giliran kami. Rupe-rupenya abah aku tu kerja malam ni. CEO keje malam-malam tengok anak-anak buah dia kerja macam mana…kui kui kui….Aku tegur abah aku sambil salam dia. Mak aku dah ke depan dengan cucu-cucu dia. Masa berbual ngan abah aku, dia ada tegur…”Naper badan mak kurus sgt? “ Aku gelak je, aku jawab..”Biasa la bah, org kencing manis”…pastu aku minta diri nak bawak diorunk makan sebelum balik umah.

Singgah KFC kat area bangunan Great Wall lama, makan malam kat situ. Aku tengok masing-masing dah keletihan…hehhe…

2 comments:

  1. wahh bestnyer..saya pun lum pernah cuba river cruise dgn naik menara taming sari..maybe my next visit to melaka!

    ReplyDelete
  2. Naim;

    Kena gi naik benda2 alah ni kalau datang Melaka, kalau tak..x lengkap namanya..hehehe....

    Nak round Melaka x boleh dalam 1 hari, kena spend 2-3 hari gak untuk cover semua tempat2 menarik...ok?

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)