04 December 2008

Alhamdulillah...

Tadi budak sama batch aku utk intake Jan 2009 (interferens) suh aku usha forum Cari pasal tarikh lapor diri PTM. Aku buka forum tu, bila scroll ke bawah, aku baca posting applepie01...

apple dah call jpa smlm....
derang kata lapor diri on 13.01.2009..
alhmdulilah...smpat arr nak tender notis sebulan...

Aku usha posting kojet1048, pun dia kata benda yg sama;

dah call jpa tadi mmg tarikh lapor diri 13 januari. so esok bole la tender
resignation letter. bole la rehat seminggu sebagai penganggur yg berjaya

Alhamdulillah, lega skit hati bile dpt tahu tarikh lapor diri tu lewat skit dr tarikh yang aku jangka. Sempat la kot nak prepare apa yg patut. Aku nih kan jenis keje last2 minute. Kalau x keje last2 minute tu bukan namanya BaTiK_PiNk la. Kui kui kui.....

Skang, isu utama aku, bila waktu yg sesuai aku nak shoot resign letter kat management aku dan settlekan bab cuti tertunggak dan penyerahan tugas pada pegawai baru?

Semalam lak, aku dpt surat dr SPA pasal Program Assessment Centre (PAC) untuk pengambilan PTD Gred M41. Ala, kes ari tu yg aku lulus buat julung2 kali ni peperiksaan PTD yg dibuat pada bulan 8 seingat aku. Kena lapor diri kat Intan Kampus Wilayah Selatan (IKWAS) Jumaat depan. Sebenarnya aku dh tahu awal2 pasal aku nyer tempat PAC melalui portal SPA, tp still menunggu surat rasmi dihantar ke rumah. Dilema baru bermula.

Kalau ikutkan hati aku x mo gi PAC ni, tapi selepas dibrainwash malam kelmarin oleh Pengarah aku, dia suh aku lupakan jawatan PTM, dan grab opportunity masuk PTD M41 ni. Aku x kisah mana2 pun. Dia bagitau aku, kalau masuk PTM, peluang nak naik dari F41 ke F44 makan masa. Tu aku tahu la. Dia kata kalau aku jadi PTD M41, kebarangkalian naik pangkat dalam masa singkat mmg tinggi. Ada la something yang dia kata dia leh tolong aku part PTD ni. Hua hua hua. Tgk la. Akan ku fikirkan. Ngengenge..*jual mahal la konon! Tp confirm, PAC Jumaat depan mmg aku akan pergi. Ala, x per la...cuba nasib. Kalau x cuba, mn nak tahu susah payah menjadi seorang PTD kan? kan?kan?

Pasal Hari Bertemu Pelanggan yang jabatan aku akan adakan pada 11hb ni, aku dan Pavala in-charge part calling2 pempamer yang telah dihantar surat untuk dapatkan maklumbalas daripada mereka. Kacang je tu. Kak Siti kata, kalau boleh ajak la sekali peserta2 yang pernah hadir program aku dulu, Seminar Pre-Seed Funding masa bulan 7 hari tu. Bisa diatur buk! Kui kui kui. Aku ni kalau dh pegang telefon, buat calling2 ni....mmg aku suke. Macam2 ragam manusia leh encounter. Aku teringat masa calling2 usahawan ICT Melaka untuk jemput hadir program aku tu, siap ade yang cakap dh lama bungkus perniagaan ICT, skang buka ladang cendawan....siap offer aku nak beli ke tak? Aku nyer gelak sakan mcm nak pecah perut....dunia..dunia...

5 comments:

  1. Good luck ida,..you're great sis,..my fiancee pon dah g INTAN after die lulus ujian PTD last year,..huhu,..byk tau aktiviti die habaq,..

    ReplyDelete
  2. Aisyah;

    PAC ni ade gementar skit nak hadiri...huhu sebab dengar kata akan ade sesi berenang..masalahnya, BaTiK_PiNk x reti BERENANG laaaa......huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. sebelum kau blah. jgn lupa bagi hadiah kat aku..

    ReplyDelete
  4. safirul amar;

    hah? apa dia? hadiah??
    banyak chantek muka ko? dah la share aku wat keje m/media sampai ke pagi ko bayar x setimpal..banyak chantek ko nk hadiah!
    penampau nak?
    kui kui kui

    ReplyDelete
  5. tahniah dpat gi PAC... join us at ptd forum...http://www.ptdportal.com/forum/

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)