29 October 2019

Ulangtahun Ke-9 Perkahwinan Mama dan Papa

29 Oktober 2019.

Alhamdulillah, genap 9 tahun usia perkahwinan kami berdua suami isteri hari ini dengan kehadiran seorang anak berusia hampir 1 tahun 7 bulan...syukur Ya Allah! Sambutan ulangtahun biasa-biasa sahaja; yang wajib pergi makan di luar, kek ada tak ada tak penting, quality time bertiga tu yang kami utamakan. 

Hari ini, masuk kerja awal dengan harapan balik kerja pun awal dan dapat keluar malam ni untuk sambut di bandar Melaka. Hehehe, semoga semuanya berjalan lancar seperti yang diharap-harapkan. Hari-hari sibuk dengan kerja di pejabat, banyak benda nak fikir terutamanya nak pantau projek di bawah unit aku, hampir-hampir terlupa tarikh 29 Oktober ni, nasib baik FB timeline ada buat throwback memories setiap tahun untuk tarikh 29 Oktober ini, jadi malam tadi bertemankan anak yang tidur ditengah-tengah, kami suami isteri saling berbalas mesej wish antara satu sama lain. Hahahah, sian Papa nak manja-manja dengan Mama pun tak dapat sekarang, anak kuat jeles dan tak bagi Papa gomol-gomol Mama bila dia ada.

Planning untuk TTC ke-2 sudah ada, cuma ada beberapa perkara terutamanya dari segi kesihatan kami suami isteri, persediaan untuk wean off anak dan penurunan berat badan kena diutamakan dahulu nampak gayanya. Honestly, untuk diri sendiri kena perbaiki tahap kesihatan dan stamina diri sebelum mencuba untuk mengandung kali kedua atau lebih tepat kali terakhir. Doktor pun dah banyak kali tanya, puan ada planning tak untuk anak kedua. Siapalah yang tak nak kan? Tapi tak boleh terburu-buru, sebab yang menanggung selama 9 bulan nanti diri ni jugak. Stamina mengandung dan bersalin semasa usia 35 tahun dan usia seterusnya ini semestinya tak akan sama. Perasaan anak yang ada seorang ini pun nak kena dijaga, biarlah dia dapat kasih sayang melimpah ruah selama yang mungkin. InshaAllah sebelum umur aku menginjak 40 tahun, kami berdua akan cuba. Tapi andai kata zuriat yang seoarang ini sahaja rezeki kami dunia akhirat, ini pun dah cukup bersyukur. 

3 comments:

  1. Happy Anniversary, Yanie & Suami.

    ReplyDelete
  2. In this manner my associate Wesley Virgin's report begins in this SHOCKING AND CONTROVERSIAL video.

    Wesley was in the military-and soon after leaving-he found hidden, "SELF MIND CONTROL" tactics that the CIA and others used to obtain everything they want.

    As it turns out, these are the EXACT same secrets lots of famous people (especially those who "became famous out of nowhere") and top business people used to become wealthy and successful.

    You probably know that you use less than 10% of your brain.

    That's because most of your BRAINPOWER is UNCONSCIOUS.

    Perhaps that thought has even occurred INSIDE OF YOUR own mind... as it did in my good friend Wesley Virgin's mind 7 years back, while riding a non-registered, garbage bucket of a car without a driver's license and $3 in his bank account.

    "I'm absolutely fed up with living paycheck to paycheck! When will I finally make it?"

    You've taken part in those questions, am I right?

    Your own success story is going to happen. You just need to take a leap of faith in YOURSELF.

    Learn How To Become A MILLIONAIRE Fast

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)