08 February 2019

Catatan Kenangan 10 Tahun Sebagai Penjawat Awam

8 Februari 2019.


Bulan Januari ada beberapa catatan peribadi dari segi kerjaya sebagai penjawat awam yang ingin dicatatkan di dalam blog untuk rujukan di masa hadapan. Alhamdulillah...pejam celik pejam celik 13 Januari 2019 genap 10 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam secara umumnya dan genap 10 tahun berkhidmat di kerajaan negeri Melaka khususnya. 

29 Januari 2019 pula diraikan dalam majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang peringkat kerajaan negeri Melaka bersama-sama hampir 430 orang penjawat awam yang lain. Syukur, aku anggap sebagai rezeki anak dan suami.


Dan, hari ini (8 Februari 2019), mendapat perkhabaran gembira melalui emel rasmi dari pihak BPSM iaitu keputusan kenaikan pangkat dari gred sedia ada ke gred baru. Batch kami banyak dugaannya, tapi alhamdulillah bila sentiasa follow up dengan pihak di Putrajaya akhirnya urusan kenaikan pangkat selesai walaupun tarikh backdated hampir 10 bulan. Rupanya tarikh kenaikan pangkat aku sama bulan dengan bulan aku melahirkan anak tahun lepas iaitu pada 25 April 2018, cuma mesyuarat bersidang agak lewat.

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)