19 September 2018

EO Stress Away : Kini EO Rare di Pasaran YL Malaysia

19 September 2018.

Lama wei tercari-cari stok Stress Away ni sebab stok yang ada dalam set Premium Starter Kit (PSK) aku dah tinggal sedikit. Dalam Virtual Office (VO) dah OOS (Out of Stock) dah EO Stress Away ini sebab "relabelling". Tempoh masa relabelling ini tak pasti; mungkin berbulan-bulan, mungkin juga makan tahun. Antara EO yang dalam status relabelling dan sudah lama tiada dalam pasaran adalah EO Brainpower.

Masa mula-mula YL HQ Malaysia maklumkan EO Stress Away akan relabelling, oilers masing-masing berebut buat pembelian untuk simpan stok. aku sempat sambar Stress Away Roll On sahaja, EO Stress Away yang appear kejap di list VO, sekejapan hilang dari radar...terpaksa la berhuhuhu. Alhamdulillah bila insta-walking ke IG oilers, ternampak someone ada tunjuk stok EO Stress Away 15ml idaman hati, sepantas kilat aku PM FBnya, dan tanya jika masih simpan stok. Bila dia kata tinggal 1, terus aku beli. 

Bermula bulan September/Oktober, tiada lagi EO Stress Away 5ml dalam set starter kit, dan akan digantikan dengan EO Spearmint. EO Spearmint pun best juga, bila hidu terus automatik otak terfikir tentang bau chewing gum....sampai encik suami cakap "Best bau EO ni, rasa nak mengunyah dan rasa lapar" Hehehehehe.....



1 comment:

  1. Terbaek :)

    follow sini.. harap sudi follow http://ejulz.blogspot.com :)

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)