26 September 2017

5KM Fire Fighter Cyberjaya Night Half Marathon 2017

26 September 2017.

Larian 5KM Fire Fighter Cyberjaya Night Half Marathon 2017 yang diadakan di Balai Bomba & Penyelamat Cyberjaya pada 23 September 2017 yang lalu. Ini juga adalah larian kedua yang aku daftar bersama suami pada tahun ini tapi aku tak berlari, hanya menemankan suami di awal permulaan larian. Kategori Fun Run 5KM dilepaskan pada jam 8.30 malam dan suami sampai di garis penamat lebih kurang 45-50 minit kemudian. Tak stay lama di situ, kami terus balik ke bilik hotel sebab dah keletihan dan nak berehat.

Petang 23 September tu kami sampai dan terus check in di Citadines Apart & Hotel Cyberjaya, hotel yang sama kami tempah semasa Chocolate Run 2017 pada bulan Januari lepas. Disebabkan kemudahan hotel yang lengkap dengan alatan memasak, pinggan mangkuk dan kolam renang, kami memang tempah sekali lagi melalui Booking.com dengan kadar RM180 satu malam tidak termasuk caj GST untuk bilik jenis Executive Studio dan juga deposit sebanyak RM150.

Bab nak makan atau berwindows shopping tiada masalah di sini, memandangkan hotel ini berada dalam bangunan kompleks membeli-belah D'Pulze, jadi boleh je nak makan di luar atau bawa balik dan makan di bilik hotel. Kereta pun kami parkir di parkir dalam bangunan D'Pulze dan caj dikenakan sebanyak RM4.

Pagi Ahad seblum check out, kami berendam sekejap dalam sejam lebih sebelum bertolak balik ke Melaka dan sambung dating tengok wayang filem Kingsman : The Golden Circle di Elements Mall, Banda Hilir.

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)