30 August 2017

5KM Merdeka MyBuddies Run 2017


30 Ogos 2017.

Larian Merdeka MyBuddies Run 2017 yang berlangsung pada 20 Ogos 2017 lepas. Larian pertama yang aku daftar pada tahun ini tetapi aku tak berlari, hanya setakat menemankan suami yang berlari seorang diri. Hehehe...takpelah Allah SWT bagi rehat bersebab. Ini adalah larian pertama di MAEPS Serdang, kebanyakan runner komen route di sini agak hilly tapi pemandangan cantik menghijau la.

Alhamdulillah sampai awal, dan tiada masalah memakirkan kenderaan walaupun terpaksa berjalan agak jauh untuk ke main stage dan tempat pelepasan start line. Apabila suami dah sampai ke finish line, dia call dan kami sama-sama beratur mengambil finisher medal dan refreshment yang disediakan.


Untuk larian kali ini, kami menginap di Hazzana Boutique Hotel di kawasan Seri Kembangan dan ditempah melalui Booking.Com. Kadar 1 bilik jenis Deluxe Queen Room untuk semalam adalah berharga RM136 tidak termasuk deposit sebanyak RM50 semasa check-in. Overall keadaan hotel butik ini sangat memuaskan, dengan kemudahan lif memudahkan kami ke bilik di aras 3. Susun atur dalam bilik hotel pun nampak menarik cuma peti ais mini yang disediakan agak tidak sejuk walaupun telah diONkan dalam tempoh masa agak lama.

Mungkin jika selepas ini ada larian di sekitar MAEPS atau Seri Kembangan, mungkin hotel butik ini akan dipilih untuk penginapan kami berdua. Kakitangan di kaunter sangat mesra, dan kakitangan yang mengemas bilik pun ramah.

2 comments:

  1. lari manja manja je tau lepas ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lari tanpa medal la lepas ni KekDa ...huhuhu. Takpe la slow down kejap buat masa ni..nanti badan dah kuat sikit, boleh aktif balik..lemau rasa badan tak buat aktiviti keluar peluh ni.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)