18 July 2017

Dapat Cashback Dari ShopBack

18 Julai 2017.

Rehat kejap dari entri pasal raya ok? Huhu.
Ni saja nak share kot korunk tak pernah tahu tentang website Shopback yang menjadi pintu masuk atau gerbang membeli belah kita di website-website seperti Lazada, Zalora, Booking.com dan banyak lagi website terkenal lain. Aku mula tahu tentang kewujudan website ini dari kawan sama bidang bermula pada bulan Mac 2017 yang lalu. Oleh kerana aku pun memang aktif membeli belah dan selalu menempah hotel secara atas talian, jadi rasa tak salah untuk mencuba pengalaman menggunakan website Shopback ini.

Ini adalah antaramuka untuk informasi cashback akaun aku. Bab daftar dan browse dalam Shopback ni aku rasa korunk pun tahu nak buat macam mana kan? Mudah je, newbies pun boleh buat tak sampai setengah hari. Cashback akaun dikira selepas pembelian kita di website-website tertentu dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Jadi, konsepnya tunggu je la sampai nilai cashback kita dah boleh ditebus, nanti ia akan dikredit ke dalam akaun bank kita atau boleh dijadikan duit untuk bershopping semula.

Alhamdulillah, setakat ini sudah dua kali aku tebus nilai cashback ke dalam akaun Maybank iaitu sebanyak RM34.21 dan masih berbaki RM16.94 yang masih dalam status "pending". Kita kumpul dulu, nanti bila dah dapat jumlah yang kita rasa nak transfer ke akaun bank, kita tuai hasilnya ye? Hehe....

Ikut pengalaman peribadi, nilai cashback untuk tempahan hotel di Booking.com adalah tertinggi berbanding website shopping lain sehingga mencecah belas ringgit. Kalau shopping barang elektrik di Lazada, nilai cashbacknya tak sebanyak mana setakat beberapa ringgit sahaja.

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)