29 May 2017

Ziarah Pusara Mak, Solat Taubat dan Solat Tahajjud


29 Mei 2017.

Selasa lepas, jenguk dan kemas sekali pusara arwah Mak. Memang aku ambil cuti rehat khusus untuk ke pusara arwah Mak hari tu. Alang-alang adik beradik tanya siapa yang ada jenguk pusara Mak, aku pun luangkan masa pergi kemas semak di sekeliling pusara Mak. Rindunya hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Banyak aku 'berbual' dengan Mak; pasal aku melawat Pak Ngah (adik arwah Mak), pasal diri kami adik beradik dan pasal diri aku sendiri. Lega rasa bila dapat meluahkan isi hati yang terpendam selama ini.

Masih belum berkesempatan nak menjenguk pusara arwah Abah, inshaAllah hari minggu ini sebelum bergerak balik berbuka ke rumah mak mertua, aku berniat nak singgah kemaskan pusara arwah Abah pula. Pun rindu pada arwah Abah.

Solat taubat dan solat tahajjud?

Ya Allah, betapa lalainya aku selama ini. Lepas sahaja bulan Ramadhan tahun lepas, berhenti terus buat amalan sunat bangun malam. Lalai selalai-lalainya. Malam kedua terawih kali ini, aku kuatkan juga semangat bangun awal jam 4.00 pagi dan buat solat taubat dan tahajjud sambil menunggu waktu sahur. Alhamdulillah setakat ini masih diberikan peluang untuk bangun awal, sebelum tidur aku niat minta Allah SWT mudahkan mata terjaga jam 4.00 pagi walaupun aku dah setkan alarm pada HP.

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)