26 February 2017

10KM Berjogging Hujung Minggu


26 Februari 2017.

Sabtu Ahad yang dimulakan dengan aktiviti berjogging dengan suami di sekitar taman perumahan. Hari bekerja kebanyakkannya tak dapat berjogging sangat sebab asyik mendung dan hujan di sebelah petang. Hari Sabtu dapat la berjogging 4 KM lebih, jadi slow down sebab suami ternampak anak kucing kena buang duduk tepi tiang elektrik sorang-sorang. Terus diangkut bawa berjogging sampai ke rumah. Anak kucing betina, bagi nama Pika.


Hari Ahad pula, kami dapat berjogging sejauh 6 KM lebih, syukur Alhamdulillah! Jarang dapat berjogging lebih 5KM selain hari minggu macam ni.

P/s: Akhirnya register juga running event The Running Diva yang akan diadakan pada pertengahan bulan depan di Putrajaya. Suprise, suprise! Beranikan diri untuk register bagi kategori 10KM pula.

20 February 2017

5KM Melaka Balloon Run 2017


20 Februari 2017.

Larian actual run pertama untuk bulan Februari setelah lama berhibernasi..hahaha. Teruk punya merudum mood bersenam aku ni. Sila jangan ikut. Nasib baiklah ada register untuk larian ni, kalau tak sangap la tak dapat berlari dengan crowd yang ramai. Disebabkan larian di Banda Hilir Elaka sahaja, melampau la kalau nak tidur hotel bagai....kih kih kih. Kami cuma gerak awal ke Bandar Melaka dan solat Subuh di surau berdekatan Menara Taming Sari.

Flag off larian agak lewat sedikit, jam 7.35 pagi. Dapat selesaikan 5.4KM dalam tempoh masa 51 minit lebih. Route yang agak mendaki tinggi jambatan flyover di belakang Mahkota Parade memang pancit dibuatnya. Ada accident yang melibatkan peserta larian dengan penunggang motor yang berlaku betul-betul di hadapan mata membuatkan badan mengigil dan kaki jadi lemah. Haish...tak nak fikir lagi benda ni.


Owh....urusetia larian kali ini nampak more organise dan pandai tackle perhatian peserta terutamanya semasa sesi warming up dan sesi cooling down. Memang rasa seronok bila masing-masing santai menari dan sporting ikut step fitness instructor di atas pentas.


Finisher medal actual run yang ketiga untuk tahun 2017 untuk kami berdua suami isteri. Simptom penyesalan dan maki diri sendiri waktu tengah berlari "Apasal la aku seksa diri join event ni??" memang terlintas dalam hati, tapi once sampai di finish line dan dapat finisher medal serta sijil, menonong pula ke booth untuk tengok pamplet running event untuk bulan Mac pula....bhahahaha~


On paper memang la ditulis 5KM tapi bila record dengan app Strava, jarak sebenar adalah 5.4KM.

17 February 2017

Menyimpan Dengan BSN Sijil Simpanan Premium (SSP)

17 Februari 2017.

Awal tahun haritu (10 Januari 2017) terinspirasi untuk ikut tips kewangan yang dicadangkan oleh Tuan Khairul Ezuwan (KEY) dalam status FB beliau. Baca juga info-info pasal Sijil Simpanan Premium (SSP) BSN ni di blog blogger lain. Nampak menarik dan rasa nak menyimpan dengan cara ini juga. Tapi bila sibuk dengan kerja hakiki, tertangguh niat tu sampai ke bulan Februari ini.

Sementara ada berbaki duit di tangan, ambil peluang untuk memulakan simpanan di BSN hari ini (16 Februari 2017) dengan permulaan RM200.00. Disebabkan aku tiada akaun/buku BSN, jadi proses pembelian sijil SSP seterusnya hanya boleh dilakukan melalui kaunter BSN sahaja. Hurm, it's ok. Ai like cabaran beratur dan menunggu giliran, Hehehehe....







16 February 2017

FB Throwback Gambar 4 Tahun Lepas, Menangis Tepi Bucu Katil

16 Februari 2017.

Eh, main kasar pula FB pepagi ni ye, menggangu emosi di saat tengah rushing ke tempat kerja. Dia boleh pulak keluarkan gambar 4 tahun lalu (2013); gambar zaman kegemilangan berat badan sekitar 60kg++. Haishh.......

Nangis tepi bucu katil tengok gambar ni...huhuhuhu!
Chaiyok kepada diri sendiri.
Berat badan sekarang sekitar 70kg++. Makan masa untuk turun lagi ke berat badan 60kg++ tu, tapi inshaAllah perlahan-lahan dengan usaha yang konsisten. 


15 February 2017

Family Day Di Avillion Admiral Cove, Port Dickson


15 Februari 2017.

Kisah throwback yang berlaku pada minggu lepas. Jabatan ada buat Program Penetapan SKT dan Hari Keluarga di Avillion Admiral Cove Hotel di Port Dickson dari 10 - 12 Februari 2017. Dekat naw-naw tapi itu je la bajet yang ada untuk tahun ni, huhuhu. Takpelah asalkan semuanya ditanggung, jadi anggap je la percutian percuma untuk bulan Februari kami. :)

Hari Jumaat lepas, kami diberikan pelepasan untuk balik awal seawal jam 12.15 tengahari dan perlu check-in di sana jam 3.00 petang. Kami berdua sampai di Port Dickson sekitar jam 5.00 petang lepas tu kami berjalan-jalan dahulu di sekitar hotel untuk melihat pemandangan sekeliling.


Pemandangan sekitar hotel. Memang lawa la, kalau tengok dari entrance macam hurm....tapi bila dah masuk, memang nampak menarik la. Disebabkan aturcara program tak padat dan sangat santai, most of the time kami berdua berendam dalam kolam renang...hahaha....memang puas hati la dapat berenang sampai kecut-kecut jari.


Kemudahan di dalam bilik kami, kami dapat bilik jenis Twin Deluxe (Vista Wing). Sangat luas boleh main kejar-kejar laki bini....eh! Tapi yang kurengnyer, kami dapat katil jenis single. Memula macam komplen juga la pada urusetia lepas tu bila dimaklumkan hotel tak dapat penuhi beberapa bilik untuk yang berkeluarga, so aku ok je la. Tapi malam-malam laki seludup naik atas katil single ai. Hahahaha....berhimpit tapi best sebab import bantal-bantal besar yang ada atas pangkin daybed gi atas katil ai.


Malam kedua (Sabtu) ada makan malam Hari Keluarga jabatan di ballroom hotel dengan tema "Kesultanan Melayu Melaka". Aku terlibat sebagai urusetia persembahan dan cabutan bertuah, jadi aku sewa baju melayu Perak untuk kami suami isteri dari adik sepupu. Huhuhu.....alhamdulillah, merasa pakai baju ala-ala pengantin semula. Oh ye, malam tu aku dapat hadiah cabutan bertuah iaitu ELBA stand mixer, haa...dah boleh la baking untuk biskut raya dan kek raya tahun ni. Hehehe...



Hadiah-hadiah yang kami berdua dapat dari penyertaan sukaneka dan acara pertandingan bola tampar pantai. Boleh buat tambah-tambah koleksi memasak kat dapur. 

07 February 2017

Brisk Walk & 5 Senaman Sebelum Tidur Untuk Kurus

07 Februari 2017.

Semalam petang lepas waktu kerja, brisk walking 3KM dengan suami di tempat biasa. Best! Keluar peluh dan dalam masa yang sama dapat dating dengan suami. Banyak benda bincang, yang penting dapat luang masa dengan teman sebantal.

Malam tadi Coach Yatie Nadzli ada share video 5 senaman sebelum tidur untuk kurus. Tapi aku tak sempat buat sebelum tidur, hehehe....gantikan balik lepas solat subuh pagi tadi. Gigil juga kaki buat step no. 4 dan 5 tu. Nampak macam senang tapi gigil oi. Mencungap-cungap juga buat 1 set. 

Quote dari status FB Coach Yatie Nadzli;
5 Senaman Sebelum Tidur Untuk Buat Anda Kelihatan Lebih Menawan Keesokkan Hari.
=============================
waaa gtewww Tajuk dia panjang sampai ke negeri china. Siapa boleh baca dalam 1nafas dia memang terer. 😆
Senaman paling senang dan ringkas sebelum tutup mata malam ni. sesuai utk orang sibuk tak sempat bersenam.
Just spend 10min saja dah boleh buat senaman ni. yg dah Pro sila buat 3 Rep. pastikan ada rehat inbetween workout supaya Oksige sampai ke seluruh badan.
Selamat Bersenam dan Tidur dgn Menawan!
-Coach Yatie Nadzli-Online Weight Loss Coaching







05 February 2017

4KM Pertama & WLC Februari 2017


05 Februari 2017.

Jogging dan brisk walk pagi ni dengan laluan baru dengan suami. Dapatlah buat 4KM pagi ni, bolehlah daripada tak buat apa. Sampai rumah, lepak breakfast minum shake Herbalife dan mengemas bilik tidur. Lepas tu, sambil-sambil browse FB, terjumpa satu dance cardio workout yang nampak menarik. Cuba buat 4 set, alhamdulillah mencurah-curah peluh dibuatnya.

Alahai, rindu dah dengan segala macam zumba dan power walk workout. Online group coaching via whatsapp untuk bulan Februari akan bermula esok (6 Februari 2017), coach ada inform kemungkinan bulan kedua berdiet akan ada dugaan berat badan statik atau penurunan berat agak perlahan. Itu benda normal. Jadi, aku rasa bulan ini kena pertingkatkan usaha bersenam untuk support usaha lose weight bulan Februari ni. Dah boleh la cari balik pendrive yang simpan video-video zumba dan powerwalk. Chaiyok!!

Minggu depan jabatan aku ada family day di Port Dickson, so nak cuba jogging area tepi pantai inshaAllah. Lepas tu minggu seterusnya kami suami isteri ada join actual run pertama untuk bulan Februari iaitu 5KM Melaka Balloon Run 2017 di Banda Hilir.

01 February 2017

3 Buku Baru Bulan Februari 2017

1 Februari 2017.

Allahuakhbar!
Sekejap je dah masuk bulan Februari 2017. Impian tinggal impian untuk relaks-relaks di awal tahun ni, kononnya projek belum mula. Tapi, kerja-kerja untuk program rasmi State melimpah ruah masuk sampai meeting back-to-back sepanjang minggu lepas.

Berkesempatan beli tiga buah buku di atas selepas iklan promosi buku-buku ini melintas di news feed FB aku minggu lepas beberapa hari sebelum CNY. Memang tak lepaskan peluang keemasan la sebab buku-buku ini memang aku dah aim untuk beli dan baca. Buku kedua dan ketiga hasil tulisan Tuan Azizul Azli Ahmad yang aku beli khusus untuk timba ilmu kewangan dan hartanah; buku Mudahnya Beli Rumah dan buku Q&A Rumah Pertama Kita. Hartanah? Yup, kami suami isteri dah merancang untuk beli rumah pertama kami dalam masa terdekat; bukan untuk dijadikan rumah kediaman tapi lebih kepada pelaburan jangka masa panjang. 

Buku 21 Hari Cabaran Untuk Kurus oleh Saudara Aizat Razak ni aku beli untuk dijadikan rujukan dan bahan bacaan tambahan dalam usaha nak menurunkan berat badan dan juga untuk belajar resepi menu sihat sepanjang berdiet supaya tak jemu dengan menu yang sama setiap hari.