09 January 2017

Cabaran Tabung 2017 & Buku Wang Ada Di Mana?


09 Januari 2017.

Minggu pertama tahun 2017 dah tamat. Dah mulakan cabaran tabung 2017 korunk? Sejak ada planner yang ada lembaran cabaran tabung 52 minggu 2017, berkobar-kobar nak mencuba. Semangat tu sampai advance tabung hingga ke minggu ke-10. Alang-alang ada lebihan duit awal tahun ni, kita lebihkan simpanan. Jadi tak terasa sangat nanti menjelang minggu-minggu / bulan-bulan terakhir 2017, kan?

Bercerita tentang tabung ni, alhamdulillah dapat pujuk suami untuk join sekali cabaran ni. Kena cakap baik-baik dan guna logik, walaupun pada awalnya dia nampak keberatan. Orang lelaki ni kadang-kala kita kena tunjukkan physical progress (tabung makin penuh) baru dia nampak positive side of saving. Kan?


Satu lagi azam beserta usaha untuk merancang kewangan....ha, alhamdulillah tergerak hati nak beli buku hasil tulisan Dr Azizul Azli Ahmad iaitu "Wang Ada Di Mana?" pada 2 Januari lepas. Masa tu Dr Azizul Azli Ahmad ada membuat promosi pembelian buku free postage, jadi cepat-cepat grab peluang ni.

Bagus juga bila kawan di FB friendlist berkongsi artikel-artikel pengurusan kewangan dan tips hartanah oleh sifu-sifu terbaik, secara tak langsung aku banyak belajar dari mereka dan terus follow setiap entri FB mereka.

P/s : Lepas ni nak wujudkan tabung-tabung roadtax, duit raya, qurban dan bercuti.

4 comments:

  1. insya allah..sy dah buat 2016...memang menjadi..dgn syarat anggap duit tu tak wujud..dalam hujung tahun baru tgk n kira hahahaha... tapi sy ni jenis tak sabar..sy kira monthly...kalau terguna, ganti balik double!(sebagai denda)

    alhamdulillah ..lepas buat duit road tax, percutian ke kuching sarawak,perbelanjaan gi kinabalu...tahun ni buat lagi, yeay!

    u can do it!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, banyak juga Dr Mai dapat salurkan duit-duit tabung tu ye? Ni yang makin berkobar-kobar nak buat simpanan tabung tahun ni...

      Delete
  2. yani....
    aaaaa.. tak sempat beli planner tu. dah sold out!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...aritu masa open pre-order, Yani kumpul order dengan adik bongsu...dah alang-alang beli, kenalah manfaatkan sepenuhnya...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)