17 November 2016

1st Day 6th Anniversary : Bulan Madu Di Pangkor


17 November 2016.

Hari Pertama : 28 Oktober 2016

Masuk exit highway Ayer Keroh jam 10.00 pagi, dan sampai di Jeti Lumut jam 4.00 lebih. Memang kali ini kami tak ada rushing nak sampai guesthouse sebab semasa di Batu Gajah, dah mesej En Anuar (pemilik Nipah Guesthouse Pangkor (NGP)), maklumkan kami akan sampai agak lewat. Sampai di jeti, lepas beli tiket feri kami terus booking motor untuk digunakan di sana. Kali kedua ke Pangkor, kali ini pengalaman sewa motor agak mengecewakan. Nanti aku ceritakan.

Sampai di Jeti Pangkor, kami terus naik teksi sewa warna pink tu dan terus ke guesthouse. Suasana agak mendung tapi hujan belum turun. Sesampai di guesthouse, kami terus masuk tanpa perlu mendaftar sebab dianggap returning guest...best! Selesai solat dan rehatkan badan, kami bersiar-siar di dalam kawasan guesthouse tengok landskap baru di guesthouse.


Lepas solat maghrib, memandangkan kami belum mendapat motor sewa, kami berjalan kaki ke tepi pantai Teluk Nipah untuk makan malam. Pekan Teluk Nipah macam biasa happening cuma belum ramai pengunjung. Macam biasa misi mencari makanan seperti jagung bakar dan kami terjumpa lempeng pisang dan lempeng cempedak. Lempeng cempedak memang sedap sampai kami ulang makan malam seterusnya.

Setelah perut kenyang, kami berjalan kaki balik ke guesthouse. Kami sempat meninjau sebuah hotel yang telah siap beroperasi berhampiran guesthouse kami menginap, tahun lepas semasa kami di Pangkor, hotel tu masih dalam pembinaan dengan cerucuk bagai....sekarang dah siap dengan sky restaurant dan rooftop swimming pool, wow! Yang bagusnya hotel baru tu dilengkapi dengan kedai minimart yang beroperasi 24 jam.


Sesampai di bilik, kami terus menukar pakaian renang sebab memang dah lama menyimpan keinginan untuk berenang di kolam renang guesthouse ni. Tahun lepas, tak berpeluang berenang sebab guesthouse ni ada peraturan ketat tentang pemakaian pakaian renang dan kami berdua tiada pakaian renang yang sesuai. Kali ni aku rasmikan baju renang muslimah yang dibeli tempohari di Pangkor, which is aku rasa a very good investment beli sepasang. Baju renang yang sama juga aku gunakan semasa menginap di Swiss Garden & Residences Melaka minggu lepas.

Memang puas hati lah dapat berenang di NGP malam-malam berdua dengan suami, terasa macam private pool untuk kami berdua je..huhuhu! 

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)